Monday, February 23, 2009

baik ker?


Aku sentiasa percaya kita ni hidup dalam komedi. We-human beings are very funny. Kita percaya kita banyak kebaikan, kita percaya kita buat kebaikan pada orang, tapi in truth kita sebenarnya buat kebaikan untuk kita rasa senang. Untuk buat kita rasa yang kita ni gracious, yang kita ni prihatin. Cuba kau perhatikan orang-orang yang menderma duit masuk dalam tabung derma. Look at their face. Tengok cara mereka senyum. Some of them tersenyum ikhlas, but some of them tersenyum puas. Puas, sebab mereka rasa duit sepuluh ringgit yang diderma tu malaikat dan tick masuk syurga. They're doing for self-gratification.

ya allah, selamatkan mereka yang tertindas ini... :(

Kita cakap banyak pun tak boleh. Sebab kita ni hanya pandai simpati. Simpati sana, simpati sini. Kelakarnya dengan kita ni, suka beramal sambil berhibur. Rasa macam generous sangat. Tapi kalau sambil berderma sambil head banging, sambil menderma sambil berpelukan lelaki perempuan, menari ikut iringan muzik, perasaan membantu orang itu terasa ke? Akhirnya perasaan menderma tu seolah-olah perasaan membayar duit untuk berhibur saja.

Kalau akulah yang jadi mangsa perang, aku takkan rasa bantuan itu bantuan yang ikhlas. Sebab mereka membantu dalam suasana khayalan, and they help without really feeling our sadness, our torture..hurmm..

No comments: