Monday, February 23, 2009

perempuan.

Aku faham sangatlah perangai orang perempuan. Kalau kita puji kecantikannya ke, budi bahasanya ke, dia orang jarang teracun. Romeo zaman pak kaduk sahaja yang buat perangai macam itu. Perempuan sekarang sudah pandai. Mereka tahu sangat yang puji-pujian begitulah yang telah mencelakakan kaum mereka.
Tetapi tidak dengan pujian-pujian yang berkaitan dengan sikap. Jarang perempuan yang tidak kembang kepala jika mereka dinobatkan sebagai orang yang jujur dan suka berterus terang. Ibu ayam yang baru lepas tipu suaminya pun akan berbesar hati jika dikatakan dia insan yang jujur dan tulus.


Abg nak kopi? hahah.. :P

Perempuan juga, secara umumnya adalah makhluk yang tidak perlu dipuji tetapi sangat ingin dihargai. Contohnya ummi aku sendiri. walaupun abi aku tidak memuji akan kesedapan kopi yang dibancuhnya, namun jika abi melangsaikan kopi yang disediakan untuknya, nescaya pada kali berikutnya ummi akan membancuh di dalam bekas yang lebih besar. Sebaliknya kalau pada waktu-waktu tertentu, bila mana abi mencicip kopi itu Cuma seteguk dua, ummi boleh hilang mood setengah hari. Silap-silap selepas itu tiga empat hari abi kena bancuh kopi sendiri.haha.. waktu tu aku hanya mampu tersengih...heee :p

3 comments:

Nadhirah Zamrose said...

betul2 jann.aku sokong kau.(dh start karam sigh walia).hehee

aie akaike said...

selamat berblogging! ;)

otaku jaNn said...

trimas nadh sbb sokong aku. jom brblogging! ;) ahakz..