Thursday, April 30, 2009

>tagGed<


person who tagged me:
"bulann"
trimas sha~

list 10 things i love, 10 things i dont love

and 5 random things about me.


i love..
1. islam
2. family
3. embah dan tok wan
4. my 1st love ~_~
5. 'pakcik' yg rajin msj aku..buzzz
6. bantal busukk
7. laptop, printer n broadband (package)
8. album sekolah
9. koleksi majalah GEMPAK n komik
10. anak ismail...heee


i don't love..
1. m'yusahkan umi abi
2. bile abis kredit.haha
3. menangis.mate cpt bengkak.segan oo
4. sikap pemalas aku
5. owg yg usik brg aku tnpa kebenaran
6. owg yg suke m'carut
7. owg yg bajet h0t.lalala
8. yg ckp xserupa bikin
9. yg main2kn islam. subanallah
10. asyik m'galah


random
1. degil (ummi aku yg ckp)
2. agak pendek owgnya (mmg pendek pn!)
3. suke tunjuk gigi bile tngkp gmbr :D
4. suke brckp smpai owg xphm pe yg aku ckp..aduhaii
5. rajin beli GEMPAK dan komik..hohoho keMESTIan


biarkan orang lain dgn fikiran mereka sendiri

"Apa yang orang lain fikir bukan urusan kita"

Suatu ketika dulu aku suka menderma apa saja. Ketika sedang minum bersama teman, ada orang hulur kole, aku masukkan sekupang dua. Jika perempuan tua minta aku beli tisu nipis dengan harga dua ringgi, aku setuju. Kalau orang datang rumah jual kacang putih sebungkus lima ringgit, aku beli walaupun tak makan. Akhirnya aku terfikir, "untuk apa aku menderma ni?", dan tersedar bahawa aku sendiri tidak tahu! Mungkin rasa terhormat jika menderma untuk kebajikan, tetapi aku tidak memberi dengan ikhlas. Aku bimbang tentang apa yang mungkin orang lain fikir mengenai aku. Aku tidak mahu dilihat sebagai seorang yang tangkai jering dan berkira soal sekupang dua. Biar pun aku tahu derma itu mungkin disalurkan kepada pertubuhan pengganas yang hendak meletupkan negara kita, aku tidak peduli asalkan orang berfikir aku baik dan dermawan. Aku bahagia!

bahagia la sangat...lalala

Sepanjang masa aku risau tentang apa yang orang lain fikir, bukannya tentang apa yang aku mahu. Aku tidak pernah mengadu kepada tauke restoran walaupun makanan yang dipesan terlampau masin, tidak menegur jiran yang berjoget dengan muzik kuat walaupun tak boleh tidur sampai pagi, jarang memulangkan barang yang luput tarikh ke pasaraya. Bila aku rasa, aku amat baik dan mesra, apa hasilnya? Adakah kita dihargai atau dihormati dengan apa yang kita lakukan? Tiada siapa peduli! Sebenarnya kita yang membodohkan diri sendiri. Mengharapkan persetujuan dan perakuan dari orang lain. Mungkin ramai antara kita yang melalui pengalaman seperti aku tadi. Kita rasa ada keperluan untuk mendapat perakuan dari pihak lain sebelum berbuat sesuatu untuk diri sendiri.

Bila kita kian dewasa, kita diberi syarat ketat untuk mendapatkan perakuan atau apa-apa kelulusan. Apabila orang suka perangai kita, alangkah gembiranya hati, tetapi jika tidak disenangi, kita sedih. Inilah yang mencipta masalah utama - orang lain yang mengawal kegembiraan kita!
Pengalaman dan pencapaian yang terhebat selalunya adalah hasil dari keberanian melangkah keluar dari zon selesa dan menceburi atau melakukan sesuatu perkara yang orang kebanyakkan tidak buat. Hidup atas dasar kreatif bukannya kompetitif, yakni kita tidak bersaing untuk merebut sesuatu yang orang lain juga mahu. Tidak.

Kita tidak berupaya memuaskan hati semua orang setiap masa. Jika kita takut kalau-kalau ada sesetengah orang mungkin beranggapan kita ni bebal, bodoh, tangkai jering - tenang! Memang dah ada pun orang beranggapan sebegitu! Pedulik apa! Buat apa kita nak takut lagi?

hahaha... :P

Keluarga, kawan dan rakan memang tidak dinafikan memerlukan kasih sayang, perhatian dan pertimbangan kita. Tetapi jika kita cuba menggembirakan setiap orang, kita sebenarnya tidak beerlaku jujur kepada sesiapa pun, terutama diri sendiri kerana kita tidak gembira. Ketenangan fikiran terhasil dengan memahami dan menerima bahawa hanya beberapa orang sahaja yang melihat dunia sebagaimana kita lihat, bukan semua orang!

Ketika berumur tiga tahun, menggembirakan orang lain adalah penting. Jika orang lain sukakan kita, mereka memberi apa yang kita mahu. Zaman beredar. Apabila sudah dua atau tiga puluhan, kita perlu menjadi manusia yang efektif. Kita boleh mendapat apa yang kita mahu dengan menjadi diri sendiri yang sebenar. Tidak perlu memuaskan hati semua orang, bukan saja tidak perlu, tetepi jika kita masih cuba menggembirakan semua orang, bermakna sebahagian dari kita masih berumur tiga tahun.


gembirakan semua orang selagi anda boleh. :)

YANG TERSIMPUL
Di samping menghormati orang lain, jujurlah kepada diri sendiri. Jika orang tidak bersetuju dengan pendapat kita, cara hidup kita, itu masalah mereka, bukan kita.
(^-^)




Wednesday, April 22, 2009

ke-bengang-an

Mood aku hari ni bengang.bengang sangattt. xtahu kenapa. mungkin nak datang bulan kottt hahaha.. :D aku giler+meraban+sawan. mood aku asyik berubah-ubah je.aduhaiii...kenapa dengan aku ni??? dush2..rasa nak tumbuk orang plak.rawww~

giler+meraban+sawan..bhaha >.<

Orang perempuan di mana-mana pun dua kali lima. Kalau tengah bengang akalnya memang pendek sedikit. Keputusan sering kali dipengaruhi oleh emosi. Dalam situasi begitu, jangan dikata ajak berkahwin, kalau diajak berkemban ke pasar malam pun dia sangup. haha...ape aku merepek nie.lalala :P

sape nak gadoh dengan aku?! jom...

nak pergi ambil air wuduk bagi mengurangkan rasa bengang.pastu dapat la aku bertenang...bukan bertendang.hohoho