Thursday, April 30, 2009

biarkan orang lain dgn fikiran mereka sendiri

"Apa yang orang lain fikir bukan urusan kita"

Suatu ketika dulu aku suka menderma apa saja. Ketika sedang minum bersama teman, ada orang hulur kole, aku masukkan sekupang dua. Jika perempuan tua minta aku beli tisu nipis dengan harga dua ringgi, aku setuju. Kalau orang datang rumah jual kacang putih sebungkus lima ringgit, aku beli walaupun tak makan. Akhirnya aku terfikir, "untuk apa aku menderma ni?", dan tersedar bahawa aku sendiri tidak tahu! Mungkin rasa terhormat jika menderma untuk kebajikan, tetapi aku tidak memberi dengan ikhlas. Aku bimbang tentang apa yang mungkin orang lain fikir mengenai aku. Aku tidak mahu dilihat sebagai seorang yang tangkai jering dan berkira soal sekupang dua. Biar pun aku tahu derma itu mungkin disalurkan kepada pertubuhan pengganas yang hendak meletupkan negara kita, aku tidak peduli asalkan orang berfikir aku baik dan dermawan. Aku bahagia!

bahagia la sangat...lalala

Sepanjang masa aku risau tentang apa yang orang lain fikir, bukannya tentang apa yang aku mahu. Aku tidak pernah mengadu kepada tauke restoran walaupun makanan yang dipesan terlampau masin, tidak menegur jiran yang berjoget dengan muzik kuat walaupun tak boleh tidur sampai pagi, jarang memulangkan barang yang luput tarikh ke pasaraya. Bila aku rasa, aku amat baik dan mesra, apa hasilnya? Adakah kita dihargai atau dihormati dengan apa yang kita lakukan? Tiada siapa peduli! Sebenarnya kita yang membodohkan diri sendiri. Mengharapkan persetujuan dan perakuan dari orang lain. Mungkin ramai antara kita yang melalui pengalaman seperti aku tadi. Kita rasa ada keperluan untuk mendapat perakuan dari pihak lain sebelum berbuat sesuatu untuk diri sendiri.

Bila kita kian dewasa, kita diberi syarat ketat untuk mendapatkan perakuan atau apa-apa kelulusan. Apabila orang suka perangai kita, alangkah gembiranya hati, tetapi jika tidak disenangi, kita sedih. Inilah yang mencipta masalah utama - orang lain yang mengawal kegembiraan kita!
Pengalaman dan pencapaian yang terhebat selalunya adalah hasil dari keberanian melangkah keluar dari zon selesa dan menceburi atau melakukan sesuatu perkara yang orang kebanyakkan tidak buat. Hidup atas dasar kreatif bukannya kompetitif, yakni kita tidak bersaing untuk merebut sesuatu yang orang lain juga mahu. Tidak.

Kita tidak berupaya memuaskan hati semua orang setiap masa. Jika kita takut kalau-kalau ada sesetengah orang mungkin beranggapan kita ni bebal, bodoh, tangkai jering - tenang! Memang dah ada pun orang beranggapan sebegitu! Pedulik apa! Buat apa kita nak takut lagi?

hahaha... :P

Keluarga, kawan dan rakan memang tidak dinafikan memerlukan kasih sayang, perhatian dan pertimbangan kita. Tetapi jika kita cuba menggembirakan setiap orang, kita sebenarnya tidak beerlaku jujur kepada sesiapa pun, terutama diri sendiri kerana kita tidak gembira. Ketenangan fikiran terhasil dengan memahami dan menerima bahawa hanya beberapa orang sahaja yang melihat dunia sebagaimana kita lihat, bukan semua orang!

Ketika berumur tiga tahun, menggembirakan orang lain adalah penting. Jika orang lain sukakan kita, mereka memberi apa yang kita mahu. Zaman beredar. Apabila sudah dua atau tiga puluhan, kita perlu menjadi manusia yang efektif. Kita boleh mendapat apa yang kita mahu dengan menjadi diri sendiri yang sebenar. Tidak perlu memuaskan hati semua orang, bukan saja tidak perlu, tetepi jika kita masih cuba menggembirakan semua orang, bermakna sebahagian dari kita masih berumur tiga tahun.


gembirakan semua orang selagi anda boleh. :)

YANG TERSIMPUL
Di samping menghormati orang lain, jujurlah kepada diri sendiri. Jika orang tidak bersetuju dengan pendapat kita, cara hidup kita, itu masalah mereka, bukan kita.
(^-^)




2 comments:

artistiksyurgaloka said...

aku setuju dgn kata2 kau.
dun give a damn about what other people think.
aku cuba pegang kata2 tu dr dulu.
sensitiviti aku sgt melampau sejak dua menjak nie.
& aku cuba perbetulkan balik.

aku bahagia camne diri aku sekarang.
kau juga ya.
:)

otaku jaNn said...

trimas sbb setuju ngan kata2 ku.
hehee..

hurm...
jgn biar owg lain yg m'gawal kegembiraan kita!
ok shahrul?
ganbatte!!
(^-^)