Friday, May 29, 2009

lagi cubaan mengubah orang lain


"Orang yang baik boleh dicari, bukan diubah"

-Jim Rohn

Jika kita hendak mencari pekerja, kita boleh menyelamatkan diri kita dari tekanan dengan mengamalkan prinsip di atas. Kita boleh bina pasukan yang gembira, bersemangat dengan menggajikan orang yang gembira dan bersemangat. Orang menjadi begitu sebab mereka memang begitu. Perubahan samada tidak berlaku kepada mereka atau tidak menarik, dan lagipun kemungkinan nampak prosesnya macam terlampau sukar untuk diikuti. Fakta kepada mereka ialah,adalah satu pelanggaran hak asasi jika mereka dipaksa berubah. (tidak wajib di baca bagi mereka yang suka gambaran dari tulisan.lalala) :P

Sebagai CONTOH, jika mahukan setiausaha yang kemas, jangan cari yang selekeh dan cuba mengubahnya. Jangan pilih yang tidak boleh diharap untuk bertanggungjawab dan jangan upah sekumpulan penipu jika mahu mereka berlaku jujur! ingat? jangan, jangan dan jangan. Nanti anda yang merana.huhu

gambar diatas hanya hiasan semata. Ahakz ^-^

Sama juga dengan suami dan isteri. Jika kita suka suami kita tenang dan waras, jangan kahwin dengan kaki botol! Ini adalah nasihat yang asas, tetapi yang kerap berlaku sebaliknya, mereka cuba mengubah pasangannya selepas berkahwin. Caranya ialah mereka akan 'mengawal' yang seorang lagi. Contohnya, si isteri memutuskan untuk mengawal kehidupan suaminya dan mahu dia berubah. Suami kecik hati. Si isteri benci suaminya kerana tidak mahu berubah dan mungkin sebab tidak mencintainya lagi. Suami benci si isteri kerana tidak mencintainya seadanya. Hasilnya: semua orang tidak gembira.Apa yang aku cakap ni bukan dari pengalaman sebab aku tak de laki lagi, tapi pengamatan aku terhadap benda-benda yang berlaku di sekeliling aku..Tu je.hohoho

YANG TERSIMPUL
Dalam memilih orang untuk hidup bersama atau bekerja bersama, carilah yang nilai-nilainya lebih kurang kita.Tanya diri kita soalan, "Jika dia tidak ubah apa-apa tentang dirinya, adakah aku gembira untuk hidup (atau berkerja) bersama Si Polan?" Jika jawapannya "TIDAK!", teruskan pencarian! wokey?...hoho

Jika anda sudah berjumpa dengan orang yang boleh hidup dan berkerja bersama dengan anda.. kami akan kata BAGUS!!! hoyey.. :))
haha (diam2 sudeyh!) :P


Tuesday, May 26, 2009

sehari bersama kawan lama.

hari tu yati mesej aku, ajak keluar. Aku cakap kat dia aku on je.. Nak dekat 2 tahun lebih tak jumpa yati selepas abis spm. berdebar gak nak jumpe kawan lama.lalala aku dan yati tak pernah sama kelas waktu zaman sekolah dulu. Kitaorang jadi rapat sebab naik bas sekolah yang sama dan menjadi antara pelajar terakhir untuk turun bas. Seperti yang dijanjikan aku akan jumpa dia kat lrt masjid jamek. Sampai je dekat sana aku tercari-cari gerangan kawan lama ni..takut-takut tak cam dia lagi.heee..

Selepas beberapa minit kemudian, aku nampak kelibat perempuan bertudung hitam dengan blaus putih itam. SAH! tu yati. Aku kenal cara dia jalan.huhu Die tersenyum memandang ku dan aku pun tersenyum dan bersalaman dengan dia. Secara spontan mulut yati berkata. makin kurus ko ni jann. aku hanya tergelak bila dia kata camtu. Dah ramai orang kata aku ni makin kurus dan itu bukan satu yang boleh dibanggakan sebab aku bukan sekeping begini waktu sekolah dulu.lalala

Sambil berjalan aku bertanya kat yati, ko ada barang nak beli ker kat masjid jamek ni? Dia kata nak beli baju dan nak cuba nasib kerja kat kedai JAKEL. Aku hanya mengangguk-anggukkan kepala. Kami terus mengatur langkah dan memasuki kedai jakel yang menjadi kedai kain terbesar kat malaysia ni. Sampai je kat sana yati bertanya arah office kedai ni, pekerja tu cakap tingkat 5. kitaorang pun terus melangkah ke sana dan yati pun mengisi form dan ditemuramah sekejap oleh orang besar kat sana. Selepas keluar office tu aku bertanya camne? pastu yati cakap kalau diikutkan orang tu tak bagi kerja part-time sebulan tapi orang tu benarkan selepas bersyarat, iaitu mesti bergincu dan ketika berkerja kene pakai baju putih dan seluar slack hitam untuk perkerja sementara. Oww..macam tu plak. Abis selesai urusan tu kitaorang jalan-jalan di sekitar masjid jamek sambil bla..bla..bla..

Selepas tu kitaorang singgah kedai makan memandang perut masing-masing dah berbunyi.heee.. Sambil makan nasi ayam, kitaorang bertanya perihal masing-masing. baru aku dapat tahu yang yati ni wakil pelajar kat tempat dia belajar dan dia pelajar tahun pertama kat UDM dalam kos biotech pertanian. Aku terasa agak kecil masa tu walaupun hakikatnya memang aku ni kecik orangnya.hakhak Bukan ape, sekarang ni yati dah degree sedangkan aku ni baru diploma. tu pun tak abis lagi. Pape pun aku berbangga yati berada tempat sepatutnya dia berada. Yati memang budak pandai kat sekolah dulu, dia budak kelas sains 1st dan aku hanya budak sastera.lalala tak kisah la pape pun yang penting sekarang ni aku tak menyesal ambil art n design yang memang aku minat dari dulu.

filem yang buat aku ketawa.hohoho :P

Abis makan, kitaorang pun pusing-pusing lagi dan bermandi peluh jap sebab masa tu panas terik. Lama kemudian aku ajak dia tengok wayang, dia pun on je sebab dah lame tak tengok wayang katanya. Destinasi kitaorang selepas tu TIMES SQUARE. Sampai je dekat sana kitaorang pergi beli tiket untuk filem SYURGA CINTA. Sementara tunggu wayang start pukul 2.30. Kitaorang berjalan lagi dan sampai lenguh kaki aku di buatnya. Sambil duduk-duduk yati mesej kawan dia ajak tengok wayang sekali. Lama kemudian datang seorang lelaki siap bertopi memberi salam kat kitaorang. Aku terpana sekejap...laa... kawan laki rupanya. Aku bertanya kat yati, pakwe ko ker? Dia kata budak tu kawan rapat dia je.
Yati perkenalkan dia kat aku dan kitaorang terus berjalan masuk panggung. Tak de la penuh sangat orang time tu, kitaorang duduk site no 4 dari belakang, tengah-tengah.

Sepanjang aku tengok cerita tu, aku asyik gelak je melihat keletah haziq dalam cerita tu. Cerita tu memang best dengan jalan cerita yang agak menarik dan keberkesanan watak dalam filem ni. Selepas 2 jam setengah kemudian, cerita tu pun tamat. Budak laki tadi nak pergi low yat. Aku dan yati menolak ajakan budak tu memandangkan jam dah pukul 5.30ptg. Dari pukul 10pg td kitaorang berjalan..penat ooo.. Sebelum balik sempat kitaorang bergambar untuk kenang-kenangan.huhu



sempat posing taw.heee

Selepas tu aku singgah jap kat 7eleven sebab nak beli komik.aha Benda alah tu memang keMESTIan bagi ku. Tu pasal nick name aku otaku jann.hoho.. Lepas tu aku dan yati pun naik lrt..nak balik.. Yati turun dekat pandan cahaya dan aku pandan indah.lalala pandan oh pandan. Sebelum aku turun lrt, aku sempat salam dan peluk yati. Agak sedih waktu tu sebab tak tahu lepas ni dapat jumpa dia lagi ke tak. Selagi nyawa di kandung badan, mesti dapat jumpa lagi kan.kan. :)

ni la benda-benda alah yang aku beli hari tu.haha



Saturday, May 23, 2009

jodoh di tesco??

Malam sabtu lepas, kak long suruh aku bersiap. Aku tanya nak ke mana? Die kata abi ajak makan luar. Aik?? Sejak bila abi pandai ajak makan kat luar.. pelik betul. Lepas itu boleh pulak suruh aku pakai baju kurung, mengomel aku dibuatnya. Yang aku peliknya kenapa ummi, abi, kak long ngan aku je pergi. Adik-adik camna? Kate abi sekejap je kita keluar.

Sampai je kat destinasi restauran kluang station, abi suruh ummi turun dulu..sebab abi nak cari parking. kak long pn turun sekali. Aku lak tak nak turun! sebab tekanan kena pakai baju kurung. lagi tension aku di buatnya bila restauran yang di maksudkan tu hanya bertempat di TESCO AMPANG yang tidak jauh dari rumah. Dalam tempoh pusing-pusing cari parking, aku sempat tanya kat abi, ni pertemuan jodoh kan?? abi ketawa besar. Dia tanya mana tahu? Aku jawab..dah agak dah, sebab sebelum ni ummi pernah cakap kawan dia nak jodohkan anak dia dengan anak puan.kiftiah (mak aku la 2) Kenapa ummi nak jodohkan kak long ngan anak kawan dia, ummi kan tahu kak long dah ada pakwe dan diorang akan BERKAHWIN awal tahun depan! Aku pulak yang hangin.

Lepas tu abi cakap...jilah kena ingat, jilah tu anak perempuan. Mak ayah ada hak tentukan anak perempuan mereka kecuali dia janda. Baru dia ada hak ke atas dirinya sendiri. Aku mengerut dahi. Seumur hidup aku tak pernah aku mendengar kata-kata seumpama itu. Ini zaman merdeka, zaman sains komputer. Bukan lagi zaman dulu-dulu. Zaman ini anak-anak boleh menentukan masa hadapannya sendiri. Tidak perlu lagi angkat kain bungkus dan lari tengah malam dengan kereta api semata-mata untuk hidup semati dengan kekasih pujaan hati..hurmm.. betul kan?

Aku bertanya lagi, siapa kata anak gadis tak ada hak untuk tentukan jodohnya sendiri? jilah tak pernah dengar pun...
"Itu tercatat dalam al-quran sendiri. Setiap wanita itu berhak dilindungi oleh kaum keluarganya terutama ayahnya dan saudara kandung lelakinya. Apabila nak memilih jodoh, setiap wanita itu harus memilih jodoh yang baik supaya suaminya kelak dapat membimbingnya ke jalan kebenaran. Agar dirinya dan zuriat yang bakal dilahirnya tak hidup terumbang-ambing.
Justeru itu, ibu bapa berhak menentukan siapa calon suaminya kerana mereka ada hak sepenuhnya ke atasnya. Dan dia hanya boleh bertindak sendiri hanya setelah dia bergelar janda kerana tanggungjawab orang tua ke atasnya sudah selesai sebaik saja dia menikah". Abi sambung lagi, malam ni kita hanya berjumpa dengan family tu untuk berkenal-kenalan. Belum putuskan lagi untuk berkahwin, paham?. Aku hanya mengangguk-angguk dan mencebik.

Lepas perbualan yang agak panjang tu, aku pun turun kereta ngan abi dan pergi kat restauran 2.. Masuk je tempat tu kelihatan 1 family yang nampak alim bersongkok dan bertudung litup duduk di bahagian depan. Ummi ngan kak long pun ade sekali. Aku bersalam dengan family itu dan duduk sebelah kak long. Aku dah nampak lelaki yang ingin dijodohkan itu. Boleh tahan orangnya, berkulit itam manis..wajah lelaki melayu siap bersongkok. hurm...baik sangat ker mamat tu? Hati kecil ku berkata.hahaha prejudis gila aku masa tu. :P Selepas memesan makanan dan "orang tua" mula bersembang panjang. zaman silam la, apa la..huhu aku tak amik port sangat sebab aku main msj time tu.hehe Yang aku perasaan pakcik lelaki budak tu memandang slack kat aku sbb aku brcakap dengan nada yang kuat bila memanggil abi aku dan makan dulu sebelum mereka makan. Laa..mana aku tahu family dia nak tunggu semua hidangan sampai baru makan bersama.
aku tak tahu kenapa aku prejudis gila dengan situasi macam tu. Tu pasal aku asyik buat perangai. abi...jilah mintak maaf.

Dalam pukul 10.30, ayah aku bayar semua makanan yang di pesan tadi.. dan meminta diri untuk pulang. Kami bersalaman dan menuju ke tempat parking.

Sampai je kat rumah, tiba-tiba abi kata nak jodohkan aku dengan budak tadi memandangkan kak long dah ade pilihan. Berderau darah aku dengan pasal tu. Dengan pantasnya aku menjawab, "kalau abi kahwinkan jilah ngan anak orang tu, jilah bakar pelamin nanti! tak pun jilah pakai seluar skinny purple dengan sweater baby milo warna pink yang biase orang pakai tu. orang tak malu, nanti diorang yang malu sebab tengok bakal menantu pakai macam tu" kak long ngan abi hanya ketawa dengan aku cakap macam tu. hati aku berbisik, aku akan buat apa yang aku cakap!

Yang tersimpul
Sungguh emosi aku malam tu dan agak tidak betul. ah..benda ni bukan boleh di bawa main-main.
perkahwinan itu ibadah, dan aku belum bersedia langsung nak menghadapinya dan aku tak mahu jadi mangsa diskriminasi ni. Aku rasa aku berhak atas diriku sendiri. Lagi sekali aku nak mintak maaf kat abi ummi sebab jadi anak yang degil dan tidak matang untuk menghadapi situasi macam ni. maaf..


Friday, May 8, 2009

dial0g akuu engkauu

bila akuu kauu berdial0g..semuanya menjadi p0yo.hoho
^-^

akuu : apa yang buat kauu terpikat dekat NUR?huhu

haziq : Segala-galanya. Kalau kita sukakan seseorang tu, tak perlu tanya mengapa kita sukakan dia. Cukup dengan gerak hati kauu sendiri yang mengatakan kauu suka pada kat dia. Tak kisahlah dia tu baik ker, cantik ke, sopan santun ke... Yang penting hati dah suka. Tepuk dada tanya seleralah kawan..
akuu : owww... haziq : kauu suke siapa sekarang?

akuu : xde sape.

haziq : PENIPU!!

akuu : hahaha...tak nak bagitau kauu..

haziq : tak nak bagitahu tak pe. tak paksa.haha

akuu : kenapa pasangan bercinta selalu sebut diri 'saya' 'awak'?

haziq : huh? entah la.. kenapa?

akuu : bila kita bercakap dengan kawan baik kita selalunya kita gunakan kata ganti nama 'aku' 'engkau' kan?
Jadi, kenapa dengan kekasih sendiri yang mana sepatutnya menjadi teman yang paling akrab, yang akan hidup bersama, kita bahasakan diri kita 'saya' 'awak'? Bukan ke itu menjarakkan lagi keselesaan hendak berbual dalam hubungan?

haziq : it's kind of traditional, kan? Mungkin 'aku' 'engkau' bunyinya tak sopan, kasar..

akuu : akuu guna 'aku' dengan 'kau', kauu rasa tak sopan dan kasar ke? Akuu rasa lebih rapat dengan orang yang akuu gunakan ganti nama 'aku' 'engkau'. Akuu rasa lebih mudah untuk bercerita masalah, untuk berborak. Don't u think so?

haziq : akuu pun rasa macam tu. Tapi mungkin menggunakan 'saya' dan 'awak', 'aku' dan 'engkau' menyedarkan orang yang berada di depan kita tu kawan atau kekasih. erti kata lain membezakan persahabatan dan percintaan.Tapi, kalau akuu guna ganti nama 'saya' 'awak' dengan kauu dan NUR bersama, mungkin akuu akan keliru yang mana satu kawan dan yang mana satu bini akuu. bhahaha...
akuu : CEH!

kauu kawan aku x? :)
mestila kawan. :P

YANG TERSIMPUL
akuu ngan haziq adalah teman. teman tapi mesra. mesra tak semestinya tanda sy0k. paham semua? bagus.haha HAZIQ, KAUU temanKUU DUNIA AKHIRAT. SAYANG KAUU selama 8 thn kita berkawan. lepas ni tak nak sayang kauu dah.haha :DD