Saturday, May 23, 2009

jodoh di tesco??

Malam sabtu lepas, kak long suruh aku bersiap. Aku tanya nak ke mana? Die kata abi ajak makan luar. Aik?? Sejak bila abi pandai ajak makan kat luar.. pelik betul. Lepas itu boleh pulak suruh aku pakai baju kurung, mengomel aku dibuatnya. Yang aku peliknya kenapa ummi, abi, kak long ngan aku je pergi. Adik-adik camna? Kate abi sekejap je kita keluar.

Sampai je kat destinasi restauran kluang station, abi suruh ummi turun dulu..sebab abi nak cari parking. kak long pn turun sekali. Aku lak tak nak turun! sebab tekanan kena pakai baju kurung. lagi tension aku di buatnya bila restauran yang di maksudkan tu hanya bertempat di TESCO AMPANG yang tidak jauh dari rumah. Dalam tempoh pusing-pusing cari parking, aku sempat tanya kat abi, ni pertemuan jodoh kan?? abi ketawa besar. Dia tanya mana tahu? Aku jawab..dah agak dah, sebab sebelum ni ummi pernah cakap kawan dia nak jodohkan anak dia dengan anak puan.kiftiah (mak aku la 2) Kenapa ummi nak jodohkan kak long ngan anak kawan dia, ummi kan tahu kak long dah ada pakwe dan diorang akan BERKAHWIN awal tahun depan! Aku pulak yang hangin.

Lepas tu abi cakap...jilah kena ingat, jilah tu anak perempuan. Mak ayah ada hak tentukan anak perempuan mereka kecuali dia janda. Baru dia ada hak ke atas dirinya sendiri. Aku mengerut dahi. Seumur hidup aku tak pernah aku mendengar kata-kata seumpama itu. Ini zaman merdeka, zaman sains komputer. Bukan lagi zaman dulu-dulu. Zaman ini anak-anak boleh menentukan masa hadapannya sendiri. Tidak perlu lagi angkat kain bungkus dan lari tengah malam dengan kereta api semata-mata untuk hidup semati dengan kekasih pujaan hati..hurmm.. betul kan?

Aku bertanya lagi, siapa kata anak gadis tak ada hak untuk tentukan jodohnya sendiri? jilah tak pernah dengar pun...
"Itu tercatat dalam al-quran sendiri. Setiap wanita itu berhak dilindungi oleh kaum keluarganya terutama ayahnya dan saudara kandung lelakinya. Apabila nak memilih jodoh, setiap wanita itu harus memilih jodoh yang baik supaya suaminya kelak dapat membimbingnya ke jalan kebenaran. Agar dirinya dan zuriat yang bakal dilahirnya tak hidup terumbang-ambing.
Justeru itu, ibu bapa berhak menentukan siapa calon suaminya kerana mereka ada hak sepenuhnya ke atasnya. Dan dia hanya boleh bertindak sendiri hanya setelah dia bergelar janda kerana tanggungjawab orang tua ke atasnya sudah selesai sebaik saja dia menikah". Abi sambung lagi, malam ni kita hanya berjumpa dengan family tu untuk berkenal-kenalan. Belum putuskan lagi untuk berkahwin, paham?. Aku hanya mengangguk-angguk dan mencebik.

Lepas perbualan yang agak panjang tu, aku pun turun kereta ngan abi dan pergi kat restauran 2.. Masuk je tempat tu kelihatan 1 family yang nampak alim bersongkok dan bertudung litup duduk di bahagian depan. Ummi ngan kak long pun ade sekali. Aku bersalam dengan family itu dan duduk sebelah kak long. Aku dah nampak lelaki yang ingin dijodohkan itu. Boleh tahan orangnya, berkulit itam manis..wajah lelaki melayu siap bersongkok. hurm...baik sangat ker mamat tu? Hati kecil ku berkata.hahaha prejudis gila aku masa tu. :P Selepas memesan makanan dan "orang tua" mula bersembang panjang. zaman silam la, apa la..huhu aku tak amik port sangat sebab aku main msj time tu.hehe Yang aku perasaan pakcik lelaki budak tu memandang slack kat aku sbb aku brcakap dengan nada yang kuat bila memanggil abi aku dan makan dulu sebelum mereka makan. Laa..mana aku tahu family dia nak tunggu semua hidangan sampai baru makan bersama.
aku tak tahu kenapa aku prejudis gila dengan situasi macam tu. Tu pasal aku asyik buat perangai. abi...jilah mintak maaf.

Dalam pukul 10.30, ayah aku bayar semua makanan yang di pesan tadi.. dan meminta diri untuk pulang. Kami bersalaman dan menuju ke tempat parking.

Sampai je kat rumah, tiba-tiba abi kata nak jodohkan aku dengan budak tadi memandangkan kak long dah ade pilihan. Berderau darah aku dengan pasal tu. Dengan pantasnya aku menjawab, "kalau abi kahwinkan jilah ngan anak orang tu, jilah bakar pelamin nanti! tak pun jilah pakai seluar skinny purple dengan sweater baby milo warna pink yang biase orang pakai tu. orang tak malu, nanti diorang yang malu sebab tengok bakal menantu pakai macam tu" kak long ngan abi hanya ketawa dengan aku cakap macam tu. hati aku berbisik, aku akan buat apa yang aku cakap!

Yang tersimpul
Sungguh emosi aku malam tu dan agak tidak betul. ah..benda ni bukan boleh di bawa main-main.
perkahwinan itu ibadah, dan aku belum bersedia langsung nak menghadapinya dan aku tak mahu jadi mangsa diskriminasi ni. Aku rasa aku berhak atas diriku sendiri. Lagi sekali aku nak mintak maaf kat abi ummi sebab jadi anak yang degil dan tidak matang untuk menghadapi situasi macam ni. maaf..


8 comments:

Nadhirah Zamrose said...

pergh...seram kot!
zmn dlu bleh la tentu kan jodoh anak...skang x leh kot.
tp abi ko gurau2 je kot...ala x kn die nk wat cmtu ;))
tp klu ade jodoh ngan laki tu ko jgn malu kang dpn abi ko kelak...hahahaha;P

otaku jaNn said...

aku xpk mak ayah aku gurau2.
sbb klu itam kate diowg, itam la yg jd.huhu

jodoh? malu?
wat mse ni bnde 2 xde mkne bg aku nadh
sbb byk lg mnde yg prlu aku pk selain kawen.lalala
(lg selagi aku m'gomel)
haha
:P

Richeal Phil @ Ritz ^-^ said...

haha pengantinya sekali hang bakar huhu..
salam pengunjung baru!

otaku jaNn said...

bakar pengantin?
agak2 la..aha
aku xsekejam tu.huhu
salam, sila la kunjung2.
:)

boo_duck said...

wahhh..jann..tkut aku bace ko nyer citer..aku pun mst baran klu ayah aku ckp pasal kahwin..jauh lg la sume tue..xsedia..huhuhu

otaku jaNn said...

taw xpe...
kite masih muda lg kn fiza.
hehee.
*muda la sgt
:P

Anonymous said...

ngeriiiii soioooot..hahahaha~



-najwa

otaku jaNn said...

xde la ngeri sgt, klu tahu handle this problem.
huhu
^-^