Friday, May 29, 2009

lagi cubaan mengubah orang lain


"Orang yang baik boleh dicari, bukan diubah"

-Jim Rohn

Jika kita hendak mencari pekerja, kita boleh menyelamatkan diri kita dari tekanan dengan mengamalkan prinsip di atas. Kita boleh bina pasukan yang gembira, bersemangat dengan menggajikan orang yang gembira dan bersemangat. Orang menjadi begitu sebab mereka memang begitu. Perubahan samada tidak berlaku kepada mereka atau tidak menarik, dan lagipun kemungkinan nampak prosesnya macam terlampau sukar untuk diikuti. Fakta kepada mereka ialah,adalah satu pelanggaran hak asasi jika mereka dipaksa berubah. (tidak wajib di baca bagi mereka yang suka gambaran dari tulisan.lalala) :P

Sebagai CONTOH, jika mahukan setiausaha yang kemas, jangan cari yang selekeh dan cuba mengubahnya. Jangan pilih yang tidak boleh diharap untuk bertanggungjawab dan jangan upah sekumpulan penipu jika mahu mereka berlaku jujur! ingat? jangan, jangan dan jangan. Nanti anda yang merana.huhu

gambar diatas hanya hiasan semata. Ahakz ^-^

Sama juga dengan suami dan isteri. Jika kita suka suami kita tenang dan waras, jangan kahwin dengan kaki botol! Ini adalah nasihat yang asas, tetapi yang kerap berlaku sebaliknya, mereka cuba mengubah pasangannya selepas berkahwin. Caranya ialah mereka akan 'mengawal' yang seorang lagi. Contohnya, si isteri memutuskan untuk mengawal kehidupan suaminya dan mahu dia berubah. Suami kecik hati. Si isteri benci suaminya kerana tidak mahu berubah dan mungkin sebab tidak mencintainya lagi. Suami benci si isteri kerana tidak mencintainya seadanya. Hasilnya: semua orang tidak gembira.Apa yang aku cakap ni bukan dari pengalaman sebab aku tak de laki lagi, tapi pengamatan aku terhadap benda-benda yang berlaku di sekeliling aku..Tu je.hohoho

YANG TERSIMPUL
Dalam memilih orang untuk hidup bersama atau bekerja bersama, carilah yang nilai-nilainya lebih kurang kita.Tanya diri kita soalan, "Jika dia tidak ubah apa-apa tentang dirinya, adakah aku gembira untuk hidup (atau berkerja) bersama Si Polan?" Jika jawapannya "TIDAK!", teruskan pencarian! wokey?...hoho

Jika anda sudah berjumpa dengan orang yang boleh hidup dan berkerja bersama dengan anda.. kami akan kata BAGUS!!! hoyey.. :))
haha (diam2 sudeyh!) :P


2 comments:

Nadhirah Zamrose said...

eh,aku pun kelab ni mse skola tp aku x la bimbing sgt junior aku...ajk mereka enjoy life je ;)

otaku jaNn said...

oww..iyeker
kire ok la 2..
asalkn ko ade jalankn tggungjwb sbg pembimbing.
huhu
;)