Tuesday, May 26, 2009

sehari bersama kawan lama.

hari tu yati mesej aku, ajak keluar. Aku cakap kat dia aku on je.. Nak dekat 2 tahun lebih tak jumpa yati selepas abis spm. berdebar gak nak jumpe kawan lama.lalala aku dan yati tak pernah sama kelas waktu zaman sekolah dulu. Kitaorang jadi rapat sebab naik bas sekolah yang sama dan menjadi antara pelajar terakhir untuk turun bas. Seperti yang dijanjikan aku akan jumpa dia kat lrt masjid jamek. Sampai je dekat sana aku tercari-cari gerangan kawan lama ni..takut-takut tak cam dia lagi.heee..

Selepas beberapa minit kemudian, aku nampak kelibat perempuan bertudung hitam dengan blaus putih itam. SAH! tu yati. Aku kenal cara dia jalan.huhu Die tersenyum memandang ku dan aku pun tersenyum dan bersalaman dengan dia. Secara spontan mulut yati berkata. makin kurus ko ni jann. aku hanya tergelak bila dia kata camtu. Dah ramai orang kata aku ni makin kurus dan itu bukan satu yang boleh dibanggakan sebab aku bukan sekeping begini waktu sekolah dulu.lalala

Sambil berjalan aku bertanya kat yati, ko ada barang nak beli ker kat masjid jamek ni? Dia kata nak beli baju dan nak cuba nasib kerja kat kedai JAKEL. Aku hanya mengangguk-anggukkan kepala. Kami terus mengatur langkah dan memasuki kedai jakel yang menjadi kedai kain terbesar kat malaysia ni. Sampai je kat sana yati bertanya arah office kedai ni, pekerja tu cakap tingkat 5. kitaorang pun terus melangkah ke sana dan yati pun mengisi form dan ditemuramah sekejap oleh orang besar kat sana. Selepas keluar office tu aku bertanya camne? pastu yati cakap kalau diikutkan orang tu tak bagi kerja part-time sebulan tapi orang tu benarkan selepas bersyarat, iaitu mesti bergincu dan ketika berkerja kene pakai baju putih dan seluar slack hitam untuk perkerja sementara. Oww..macam tu plak. Abis selesai urusan tu kitaorang jalan-jalan di sekitar masjid jamek sambil bla..bla..bla..

Selepas tu kitaorang singgah kedai makan memandang perut masing-masing dah berbunyi.heee.. Sambil makan nasi ayam, kitaorang bertanya perihal masing-masing. baru aku dapat tahu yang yati ni wakil pelajar kat tempat dia belajar dan dia pelajar tahun pertama kat UDM dalam kos biotech pertanian. Aku terasa agak kecil masa tu walaupun hakikatnya memang aku ni kecik orangnya.hakhak Bukan ape, sekarang ni yati dah degree sedangkan aku ni baru diploma. tu pun tak abis lagi. Pape pun aku berbangga yati berada tempat sepatutnya dia berada. Yati memang budak pandai kat sekolah dulu, dia budak kelas sains 1st dan aku hanya budak sastera.lalala tak kisah la pape pun yang penting sekarang ni aku tak menyesal ambil art n design yang memang aku minat dari dulu.

filem yang buat aku ketawa.hohoho :P

Abis makan, kitaorang pun pusing-pusing lagi dan bermandi peluh jap sebab masa tu panas terik. Lama kemudian aku ajak dia tengok wayang, dia pun on je sebab dah lame tak tengok wayang katanya. Destinasi kitaorang selepas tu TIMES SQUARE. Sampai je dekat sana kitaorang pergi beli tiket untuk filem SYURGA CINTA. Sementara tunggu wayang start pukul 2.30. Kitaorang berjalan lagi dan sampai lenguh kaki aku di buatnya. Sambil duduk-duduk yati mesej kawan dia ajak tengok wayang sekali. Lama kemudian datang seorang lelaki siap bertopi memberi salam kat kitaorang. Aku terpana sekejap...laa... kawan laki rupanya. Aku bertanya kat yati, pakwe ko ker? Dia kata budak tu kawan rapat dia je.
Yati perkenalkan dia kat aku dan kitaorang terus berjalan masuk panggung. Tak de la penuh sangat orang time tu, kitaorang duduk site no 4 dari belakang, tengah-tengah.

Sepanjang aku tengok cerita tu, aku asyik gelak je melihat keletah haziq dalam cerita tu. Cerita tu memang best dengan jalan cerita yang agak menarik dan keberkesanan watak dalam filem ni. Selepas 2 jam setengah kemudian, cerita tu pun tamat. Budak laki tadi nak pergi low yat. Aku dan yati menolak ajakan budak tu memandangkan jam dah pukul 5.30ptg. Dari pukul 10pg td kitaorang berjalan..penat ooo.. Sebelum balik sempat kitaorang bergambar untuk kenang-kenangan.huhu



sempat posing taw.heee

Selepas tu aku singgah jap kat 7eleven sebab nak beli komik.aha Benda alah tu memang keMESTIan bagi ku. Tu pasal nick name aku otaku jann.hoho.. Lepas tu aku dan yati pun naik lrt..nak balik.. Yati turun dekat pandan cahaya dan aku pandan indah.lalala pandan oh pandan. Sebelum aku turun lrt, aku sempat salam dan peluk yati. Agak sedih waktu tu sebab tak tahu lepas ni dapat jumpa dia lagi ke tak. Selagi nyawa di kandung badan, mesti dapat jumpa lagi kan.kan. :)

ni la benda-benda alah yang aku beli hari tu.haha



4 comments:

~Atiqah.Ismail~ said...

serius weyh???
aduh....nak tau cite selanjutnya...

otaku jaNn said...

serius?
aduhai..apakah?

cite selanjutnya?
tggu.....
hee...
(pe aku ckp ni!)
lalala

Nadhirah Zamrose said...

jgn menyesal dgn apa yg kau ade skang jann...tp cri lg bende yg ko x de n n baiki kelemahan kite seadanya...bkn senang aku nk nasihat2 cmni...hak2

lg satu,kejayaan ialah apabila kita pilih jalan yg betul,semua org Allah bg kelebihan so kite kne crik kelebihan tu n asah tajam2...ok x?

peace:)

otaku jaNn said...

yup nadh,
aku xprnah menyesal dgn pe yg aku ade skunk.
ok2.aku akan terima nasihat ko dgn hati trbuka. trimas~
:)

ok beb!
huhu..jom asah jom.
:P

peace 2.
^-^