Saturday, June 27, 2009

c.i.n.ta coklat - c.c

hari tu aku lepak ngan member sekolah aku dulu. lepas tu kawan ku yang sorang tu meluahkan isi hatinya pasal c.i.n.ta yang dialami sekarang..agak menarik perhatian ku cara dia mengambarkan c.i.n.t.a dia dengan coklat. aku suka coklat!haha :P

Coklat, ada dua jenis. Yang pertama, kita suka, kita beli dan kita makan. That means, sekalipun kita sayang nak makan coklat tu tapi kita tahu the purpose of buying it is to eat it. Itu perasaan yang aku nak. Perasaan menikmati apa yang kita dapat. We taste it. Kita habiskan coklat tu dan tak tinggalkan separuh. Kita tak share dengan orang lain. Kenapa? Sebab the chocolate is mine. Aku membelinya jadi akulah pemiliknya." Rasyidah memandang pada aku dan Atiqah yang kini kerutan di dahi bertambah menjadi dua kali ganda.haha sengal sekejap. :P

Lepas tu dia sambung lagi, the other type is, the chocolate yang kita suka, kita beli, tapi sayang nak makan. Kita lihat bekasnya, tapi tak nak buka, tak nak usik sebab takut rosakkan isi dia. We tend to give it to other people, biar orang lain makan. Kita beli sebab ia cantik dan nampak sedap. That's the way my life is right now, dengan yusrizal. I love him but aku tak berniat nak memiliki dia. Kau orang faham sekarang?" tanya Rasyidah, memandang pada aku dan atiqah yang ternganga. Kami seperti memasukkan kata-kata Rasyidah tadi melalui mulut pula setelah telinga kami tidak benar-benar dapat menangkap kata-kata itu untuk diproses ke dalam otak.haha walaubagaimana pun aku dengan atiqah hanya tersenyum pada rasyidah dan mengangguk-gangguk kepala. Aku tak nak persoalkan ape dia cakap atau apa dia buat. FULLSTOP.

kita dianugerahkan dengan satu lidah dan dua telinga, supaya kita boleh mendengar dua kali ganda daripada kita bercakap.
tu yang cuba aku buat. *kadang-kadang kita tak sedar kita bercakap dua kali ganda daripada kita mendengar. tu sebab sesetengah masalah tak dapat di selesaikan dengan mudah.hurmmm...

Lepas tu aku ajak diorang keluar pergi makan KFC kat Ampang Point.wuuhuu.. Perbualan mengenai cintan-cintun tadi tamat kat situ sahaja. Lepas tu kami sembang pasal family, kawan2, pelajaran dan masa depan.acehhh.. hahaha. Agak best jumpe kawan lama time cuti sem ni. weee~ :P

sekian terima kasih.



Tuesday, June 23, 2009

cuti-cuti malaysia

Al-kisah...
Penghujung cuti sekolah hari tu. Abbi ajak kitaorang pergi zoo. Abi kata dah lame tak pergi, adik2 ku girang mendengar , sebaliknya aku mengeluh dalam hati.lalala Bukan pe, aku dah beberapa kali pergi zoo atas sebab assignment. Tambah lagi hari tu aku demam. Tapi disebabkan adik-adik aku yang 5 orang tu sungguh excited n abi sanggup amik cuti untuk spend time dengan kitaorang, aku surrender weyh...haha

Time tu ummi dan kak long tak de, kak long kene pergi kerja n ummi ada kursus kat shah alam..hurm Dalam pukul 10pagi enjin pajero dah panas dan kitaorang pun pe lagi, zroomm... dan 15minit kemudian tanpa kesesakan lalu lintas sampai lah ke Zoo Negara!! Rasa tak panas bontot aku duduk dalam kereta.haha dekat je kott. ^-^"

pastu,,,
tengok la gmbar di bawah erk!
GAMBARan boleh menerangkan keadaan dan situasi.lalala :P


bergambar dulu sebelum masok. wee~

aku ketawa melihat bdk cina ni (kanan) korek idung dgn selambanya dan khusyuk.haha
nama pn bdk. ^^"

wuuhuu..posing jgn xposing.

nyam2 kerbau nyam

lps ni nak g mane erk?

seiring sejalan.lalala

KAMI penat berjalan tp ade yg cover bile brgmbr. mcm xbiase lak! :D

binatang pun taw penat, tgk tu... haha :P

----------------------------------------------------------------------------




walaupun entry kali ni pasal zoo, tapi tak banyak gambar binatang kan. haha..
aku malas nak snap! hee ^^"

Dalam pukul 12 lebih kitaorang chow dari zoo~

Sampai je kat umah, abi n adik2 lelaki ku bersiap2 nak pegi sembahyang jumaat. dan yang lain...buat taik mata.hahaha bila abi blek dari masjid n tanya kitaorang dah sembahyang ker belum, aku jawab..cuti-cuti malaysia la bi....zZzZzZz.. :D


sekian.terima kasih.
lalala. ^-^

Monday, June 22, 2009

i love him

Semalam hari Bapa kn??
agak tidak lambat untuk aku nak ucapkan
SELAMAT HARI ABI!!!
:)

Mohd Azhari bin Zainuddin.
Seorang lelaki yang aku syg, yang besarkan ku dengan penuh sabar
seorang lelaki yang selalu memberi dorongan..
yg senantiasa ade di sisi bila ku memerlukan dia
n the most important thing..aku sanggup mati kerana dia. SUNGGUH!
kalau nak cari calon suami pun aku nak seseorang yang seakan-akan dia.
(berderai ketawa kakak aku kalau dia baca wish aku ni)
haha.. :D

dua insan yg aku syg dan hormati.
jilah janji..jilah akan jaga ummi abbi sampai akhir hayat jilah!
jilah janji! :'(


i know my abi wouldnt be reading this but i just wanna tell the whole world that i love my abi so damn much and im so lucky to have him as my dearly lovely father. :')

I LOVE U ABI. HAPPY FATHER'S DAY!
*tibe2 sebak.haha


Wednesday, June 17, 2009

duit oh duit...


hurm...cuti sem ni aku kekurangan duit.. aduhai...tak kan la nak mintak kat ummi abi. Diowg pun ade tanggungan lain..kalau boleh aku tak nak menyusahkan diowg. tak suke!


Kebanyakan kita sebenarnya terperangkap dalam financial freedom yang palsu. Kita rasa duit kita cukup. Kita selesa dengan apa yang kita ada... Tapi realitinya semua tu sering kali bukan hak kita sebaliknya hak bank...hak syarikat kewangan.

Selalunya kita akan sedar yang kita tak cukup duit hanya bila timbul keinginan nak melangsaikan tanggugan-tanggugan itu secara sekali gus. Maksud aku, sesekali kita mungkin terfikir alangkah baiknya kalau kita tak perlu bayar ansuran setiap bulan. Alangkah baiknya kalau kita dapat keluarkan duit selambak, kemudian bayar semua tunggakan itu satu demi satu. Alangkah baiknya kalau kita ada duit yang betul-betul cukup. Tapi selalunya duit kita cuma ada dalam kategori. Pertama, tak berapa cukup dan kedua, sekadar cukup-cukup. Jarang jumlahnya betul-betul cukup.

Kedengaran seperti duit itu segala-galanya dalam hidup manusia, tetapi itulah, hakikat sebenar kehidupan. Zaman ni serba-serbi memerlukan duit. Walaupun duit mungkin akan membuatkan manusia menjadi hina, tetapi tanpa duit manusia akan lebih hina daripada tu. Betul ker?? hurm....



Tuesday, June 9, 2009

Jackie Chan vs Otaku Jann


Setiap orang mempunyai angan-angan yang ingin direalisasikan. Dan aku pernah menyimpan angan-angan ingin menjadi seperti Jackie Chan. Melihat aksi stunt beliau di tv membuatkan aku terfikir akan kemampuan aku. 1 ayat je yang terlintas di fikiran ku time tu, Mustahil! Bagi aku agak mustahil sebab aku ni agak penakut orangnya. Nampak tikus lalu depan mata pun dah menjerit macam peminat fanatik melihat artis kesayangannya berjalan di atas red carpet. Sampai tersemput-semput aku menjerit taw tak.hahaha bezanya aku ngan peminat fanatik tu ialah aku menjerit ketakutan mereka menjerit kesukaan.hurm... Dan aku juga tak seberani jackie chan dengan membiarkan diri dibelasah dan badan berdarah-darah di sana sini.huhu Tetapi aku teingin bangett merasa kesakitan seperti yang beliau rasa.haha gila aku ni!! Caranya ialah dengan belajar silat..hiyahh..


Al-kisah...
Semuanya tercapai pada awal tahun 2002, ketika itu umur aku 13 tahun dan aku sungguh teruja meletakkan tanda "betul" untuk Pertubuhan Silat Gayung Fatani Malaysia ketika mengisi borang ko-kurikulum.hehee.. (time to show).

seni pertahanankan diri yang banyak mengajar aku erti keberanian.
huhu *tabik


Bermula dari sini la rutin harian aku setiap sabtu pergi ke sekolah dari jam 9-11pagi untuk berlatih silat. Macam biasa sebelum buka gelanggang kita orang akan membaca ayat umul kitab, Al-Fatihah.. n then memulakan latihan mengikut bengkung masing-masing untuk buat bunga, jurus, belebat, tapak, buah, Tempur Seni dan Tempur Bela diri. Sepanjang 5 tahun aku memasuki silat di sekolah banyak peristiwa yang tidak dapat aku lupakan. Antaranya kepala terhentak di simen, perut aku di side-kick, tapak kaki aku mengelupas dan badan aku terasa sengal-sengal selama seminggu kerana dilipat-lipat ketika practice silat. Sakit memang sakit! Bunyi macam WWE tapi itulah yang pernah aku rasa.hoho Padan muke aku nak sangat jadi Jackie Chan kan!haha tapi aku puas hati sekurang-kurangnya aku berusaha ingin merasai sesuatu yang aku anggap mustahil suatu ketika dulu.

pic ni aku tgkp 5 thn lps. masih elok dlm simpanan. ^-^

Banyak dugaan yang perlu aku lalui untuk kekal dalam silat (ayat xbleh blah..hakhak). Antaranya, partner silat aku tarik diri sebelum ujian kenaikan bengkung. Sedih giler time tu sebab selama ni aku banyak practise dengan dia. Pakai redah je aku amik ujian silat time tu..hurm... Ujian kenaikan bengkung setiap tahun adalah perkara yang paling aku takut untuk melaluinya sebab ramai orang akan melihat dan menilai. Dah la tu campur dengan beberapa sekolah lain. Yang paling aku ingat sampai sekarang, waktu aku nak ambil ujian naik bengkung hijau ke merah. Kapak, keris dan parang adalah senjata yang digunakan. Macam ni, nama setiap pesilat akan dipanggil untuk masuk gelanggang. Lepas tu perlu berlawan seorang diri dengan dengan 3 senior yang bersenjata seperti dinyatakan td.huhu Hanya Yang Esa saja yang tahu betapa kecut perut aku time tu. Tapi aku ingat apa yang abi pesan pada diriku di kala kesusahan, "Kalau kita berhadapan dengan sesuatu masalah, jangan terus angkat tangan, kerana sekali masalah menakluki kita, selama-lamanya kita akan terbelenggu. Jadi, hadapi masalah. Cuba dulu sehabis daya untuk menyelesaikannya, walaupun kita gagal, sekurang-kurangnya kita berpeluang untuk mengetahui sejauh manakah keupayaan kita".... dan akhirnya aku dapat melakukan ujian dengan baikkknya...sayang abi. :)

kenangan masa ujian naik bengkung. aku dua dari kiri. (duduk) :)

Puas gilerrr aku saat tu dapat buat benda yang paling aku takut dan agak mustahil untuk melakukan aksi-aksi menumpaskan pihak lawan.hohoho Walaupun sudah sedia maklum aku tidak akan menjadi seperti Jackie Chan, at least aku dapat membela diri apabila berdepan dengan perkara yang tidak dijangka pada masa hadapan. Bagi ku itu sudah memadai. ^-^


Yang tersimpul
Betul jugalah kata bijak pandai bahawa kita akan berasa lebih bahagia jika berani melakukan perkara yang paling kita takuti. Tikus, mari kauu.. *ckp dlm hati haha.. :P Jackie Chan masih menjadi aktor kesayanganku.lalala