Tuesday, June 9, 2009

Jackie Chan vs Otaku Jann


Setiap orang mempunyai angan-angan yang ingin direalisasikan. Dan aku pernah menyimpan angan-angan ingin menjadi seperti Jackie Chan. Melihat aksi stunt beliau di tv membuatkan aku terfikir akan kemampuan aku. 1 ayat je yang terlintas di fikiran ku time tu, Mustahil! Bagi aku agak mustahil sebab aku ni agak penakut orangnya. Nampak tikus lalu depan mata pun dah menjerit macam peminat fanatik melihat artis kesayangannya berjalan di atas red carpet. Sampai tersemput-semput aku menjerit taw tak.hahaha bezanya aku ngan peminat fanatik tu ialah aku menjerit ketakutan mereka menjerit kesukaan.hurm... Dan aku juga tak seberani jackie chan dengan membiarkan diri dibelasah dan badan berdarah-darah di sana sini.huhu Tetapi aku teingin bangett merasa kesakitan seperti yang beliau rasa.haha gila aku ni!! Caranya ialah dengan belajar silat..hiyahh..


Al-kisah...
Semuanya tercapai pada awal tahun 2002, ketika itu umur aku 13 tahun dan aku sungguh teruja meletakkan tanda "betul" untuk Pertubuhan Silat Gayung Fatani Malaysia ketika mengisi borang ko-kurikulum.hehee.. (time to show).

seni pertahanankan diri yang banyak mengajar aku erti keberanian.
huhu *tabik


Bermula dari sini la rutin harian aku setiap sabtu pergi ke sekolah dari jam 9-11pagi untuk berlatih silat. Macam biasa sebelum buka gelanggang kita orang akan membaca ayat umul kitab, Al-Fatihah.. n then memulakan latihan mengikut bengkung masing-masing untuk buat bunga, jurus, belebat, tapak, buah, Tempur Seni dan Tempur Bela diri. Sepanjang 5 tahun aku memasuki silat di sekolah banyak peristiwa yang tidak dapat aku lupakan. Antaranya kepala terhentak di simen, perut aku di side-kick, tapak kaki aku mengelupas dan badan aku terasa sengal-sengal selama seminggu kerana dilipat-lipat ketika practice silat. Sakit memang sakit! Bunyi macam WWE tapi itulah yang pernah aku rasa.hoho Padan muke aku nak sangat jadi Jackie Chan kan!haha tapi aku puas hati sekurang-kurangnya aku berusaha ingin merasai sesuatu yang aku anggap mustahil suatu ketika dulu.

pic ni aku tgkp 5 thn lps. masih elok dlm simpanan. ^-^

Banyak dugaan yang perlu aku lalui untuk kekal dalam silat (ayat xbleh blah..hakhak). Antaranya, partner silat aku tarik diri sebelum ujian kenaikan bengkung. Sedih giler time tu sebab selama ni aku banyak practise dengan dia. Pakai redah je aku amik ujian silat time tu..hurm... Ujian kenaikan bengkung setiap tahun adalah perkara yang paling aku takut untuk melaluinya sebab ramai orang akan melihat dan menilai. Dah la tu campur dengan beberapa sekolah lain. Yang paling aku ingat sampai sekarang, waktu aku nak ambil ujian naik bengkung hijau ke merah. Kapak, keris dan parang adalah senjata yang digunakan. Macam ni, nama setiap pesilat akan dipanggil untuk masuk gelanggang. Lepas tu perlu berlawan seorang diri dengan dengan 3 senior yang bersenjata seperti dinyatakan td.huhu Hanya Yang Esa saja yang tahu betapa kecut perut aku time tu. Tapi aku ingat apa yang abi pesan pada diriku di kala kesusahan, "Kalau kita berhadapan dengan sesuatu masalah, jangan terus angkat tangan, kerana sekali masalah menakluki kita, selama-lamanya kita akan terbelenggu. Jadi, hadapi masalah. Cuba dulu sehabis daya untuk menyelesaikannya, walaupun kita gagal, sekurang-kurangnya kita berpeluang untuk mengetahui sejauh manakah keupayaan kita".... dan akhirnya aku dapat melakukan ujian dengan baikkknya...sayang abi. :)

kenangan masa ujian naik bengkung. aku dua dari kiri. (duduk) :)

Puas gilerrr aku saat tu dapat buat benda yang paling aku takut dan agak mustahil untuk melakukan aksi-aksi menumpaskan pihak lawan.hohoho Walaupun sudah sedia maklum aku tidak akan menjadi seperti Jackie Chan, at least aku dapat membela diri apabila berdepan dengan perkara yang tidak dijangka pada masa hadapan. Bagi ku itu sudah memadai. ^-^


Yang tersimpul
Betul jugalah kata bijak pandai bahawa kita akan berasa lebih bahagia jika berani melakukan perkara yang paling kita takuti. Tikus, mari kauu.. *ckp dlm hati haha.. :P Jackie Chan masih menjadi aktor kesayanganku.lalala


4 comments:

Nadhirah Zamrose said...

ajar la aku sikit move silat ni :)
congrats psl result cun:)

otaku jaNn said...

wokey.no hal pnye. :)
trimas. :)
result ko lg cun mcm owgnye..huhu
^-^

boo_duck said...

ajar aku silat...hahaha
aku nak belasah anak org nie..lalala

otaku jaNn said...

wokey, no hal.aha
ko nk blasah sape?..
nk taw ga.huhu