Monday, July 27, 2009

kematian, hal yang pasti tapi sering dilupakan


Pada 23 julai yang lalu, seorang insan yang ku panggil Tok Su kembali kerahmatullah. Aku tergamam bile mendengar berita tu. Seorang lelaki tua yang mengusap kepala ku bila ku salam di pagi raya sudah tiada. :'( aku dan family terus bersiap balik ke Perak. Pada pagi jumaat 24 julai, jenazah di kebumikan di Perkuburan Telok Batik. Aku membawa kamera masa tu tapi takut nak ambil gambar di kawasan perkuburan. dan aku takut pe orang kata nanti. Pastu kata abi tak pe..ambil je gambar. masa tu jantung ku kuat berdenyut bila mengingatkan sakaratul maut.



dalam kesibukan orang mengali kubur, membersihkan dan menimbuskan tanah. aku sempat berpaling melihat tangisan cucu-cucu tok yang tak berbunyi. mata mereka bengkak..begitu juga dengan anak-anak tok su. hati ku sayu melihat situasi sebegitu. tibe-tibe aku terpandang abi dan ummi dan tidak semena-mena beberapa titis air mata ku keluar
hurm...aku tak tahu macamana keadaan ku bila mereka sudah tiada nanti. :'(


Salam takziah buat keluarga Tok Su, semoga roh Allayarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin..amin..amin.. yarabbanal alamin. T_T dan tidak ku lupa. salam takziah pada keluarga Allahyarhamah YASMIN AHMAD. al-fatihah~

.............................................................................................................................................

Selepas majlis perkebumian berakhir, kami sekeluarga singgah sekejap kat umah keluarga Allayarham untuk melawat keluarga mereka. Dalam pada itu, aku ketemu dengan adik sepupu ku yang semakin membesar. Kali terakhir melihat dia semasa hari raya tahun lepas. Sekarang si bulat ni sudah berumur setahun 9 bulan.

mula-mula nampak aku, dia macam tak suke dan mengerutkan dahi. sempat snap! ^^

lepas beberapa minit, si nabil datang dekat dengan aku. suka kamera iye dik??haha tak kenal maka tak cinta. ^^"

*entry aku macam cerpen pendek erk?.haha tak kisah la. :P

-sekian-

Thursday, July 23, 2009

siapa sebenarnya pakcik tu?


hari jumaat lepas merupakan kali kedua dalam hidup aku balik ampang naik KTM.hehee selama 2 tahun lebih aku belajar kat KTT..aku agak malas nak gune pengangkutan awam ni. selalunya aku suruh abi amik..lalala.. aku naik KTM ari tu pun sebab ada zurrayka a.k.a roomate aku. :P aku ajak si zue balik rumah
bertolak dari hostel dalam pukul 4.30.. uncle saba yang hantar kitaorang dari taman mawar ke KTM. ini la satu-satunya pengangkutan awam bagi pelajar KTT yang tak de transport macam aku...hahah

mula-mula sampai ramai ni, slps 15 minit kemudian lg ramai oo..

sampai je kat KTM, penuh giler orang.. maybe ari tu ari jumaat..ramai orang nak balik kampung kott..
setengah jam kemudian smpai la tren yang dinanti-nantikan..ahakz.. tapi tren yg dinantikan tu penuh muatan macam sardin dalam tin. kitaorang tak jadi nak naik n terpaksa tunggu tren seterusnya. bila tren yg berikutnya dah sampai-sesak jugak!..kitaorang redah je sebab sampai bila nak tunggu tren kalau asyik pikir nak senang je. heee..

lepas 35 minit dalam tren, kitaorang turun kat bandar tasik selatan..kene naik lrt untuk sampai ampang.
dalam lrt lak, ade seorang pakcik ni tegur aku. dia berkemeja putih dan berseluar slack hitam. pada baju die ade lambang maskargo. tibe-tibe pakcik tu bersuara, "dah berapa lama berkecimpung dalam dunia fotografi?" aku terpana sekejap sebab soalan dia macam wartawan...aha pastu aku terus menjawab "baru je.." dan dia tanya lagi "pakai nikon jenis pe?" sambil dia memandang beg camera jenama nikon yang aku galas. "saya pakai beg nikon tapi dalam die camera sony a200". jawab ku sambil tersengih. :P pastu dia tanya bermacam-macam soalan. die juga ade ceritakan pasal anak lelaki dia yang berkerja sebagai photographer dan bagitahu serba sedikit pasal dslr. sepanjang perjalanan, die nasihati ku supaya rajin-rajin kan diri dengan snap gambar orang kahwin, funtion dll..baru leh maju. aku hanya mengangguk kepala tanda paham.acehh.. :P yang aku tak lupa, dia ade ckp "kalau nak jadi pro, amik masa dalam 20 tahun." aku kebingungan mendengar kenyataan tu. pastu aku tergerak hati bertanya kat pakcik tu, "pakcik pernah jadi photographer??" die hanya menjawab soalan ku dengan senyuman. ??? ting tong! STATION PANDAN INDAH..operator lrt pulak bersuara. :P

secara spontan aku terus mintak diri dan berkata "jumpa lagi"...
dia hanya menganggukkan kepala dan senyum. ape pakcik ni..asyik senyum jee...cakap la something. hati ku membebel.hahaha :P dalam diam aku berharap dapat jumpa pakcik maskargo tu lagi. banyak ilmu yang dia beri kat aku dan aku tak kan lupa. 10 minit kemudian ummi datang dengan pajero yang berenjin kan motobot..haha... *banyak kuat itu bunyi. ^^"

>sekian< :)


Thursday, July 16, 2009

suara hati.


"walaupun aku tak cukup berbakat dalam bidang yang aku ceburi, aku tetap akan terus berusaha"
^^