Monday, July 27, 2009

kematian, hal yang pasti tapi sering dilupakan


Pada 23 julai yang lalu, seorang insan yang ku panggil Tok Su kembali kerahmatullah. Aku tergamam bile mendengar berita tu. Seorang lelaki tua yang mengusap kepala ku bila ku salam di pagi raya sudah tiada. :'( aku dan family terus bersiap balik ke Perak. Pada pagi jumaat 24 julai, jenazah di kebumikan di Perkuburan Telok Batik. Aku membawa kamera masa tu tapi takut nak ambil gambar di kawasan perkuburan. dan aku takut pe orang kata nanti. Pastu kata abi tak pe..ambil je gambar. masa tu jantung ku kuat berdenyut bila mengingatkan sakaratul maut.



dalam kesibukan orang mengali kubur, membersihkan dan menimbuskan tanah. aku sempat berpaling melihat tangisan cucu-cucu tok yang tak berbunyi. mata mereka bengkak..begitu juga dengan anak-anak tok su. hati ku sayu melihat situasi sebegitu. tibe-tibe aku terpandang abi dan ummi dan tidak semena-mena beberapa titis air mata ku keluar
hurm...aku tak tahu macamana keadaan ku bila mereka sudah tiada nanti. :'(


Salam takziah buat keluarga Tok Su, semoga roh Allayarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin..amin..amin.. yarabbanal alamin. T_T dan tidak ku lupa. salam takziah pada keluarga Allahyarhamah YASMIN AHMAD. al-fatihah~

.............................................................................................................................................

Selepas majlis perkebumian berakhir, kami sekeluarga singgah sekejap kat umah keluarga Allayarham untuk melawat keluarga mereka. Dalam pada itu, aku ketemu dengan adik sepupu ku yang semakin membesar. Kali terakhir melihat dia semasa hari raya tahun lepas. Sekarang si bulat ni sudah berumur setahun 9 bulan.

mula-mula nampak aku, dia macam tak suke dan mengerutkan dahi. sempat snap! ^^

lepas beberapa minit, si nabil datang dekat dengan aku. suka kamera iye dik??haha tak kenal maka tak cinta. ^^"

*entry aku macam cerpen pendek erk?.haha tak kisah la. :P

-sekian-

5 comments:

Nadhirah Zamrose said...

al-fatihah.
ajal dtg x disangka so hrp2 kita akn bersedia bila dtgnye ajal tu.

ayie said...

al fatihah.....
byk bersabar....
"orang yg bijak ialah orang yg selalu mengigati mati...dan bersedia ke arahnya..."(sila rujuk kitab atau ustad untuk hadis yg penuh)
tp bersediakah kita...???

otaku jaNn said...

(nadh)
mudaha2an mcm tu la nadh.
huhu ^^

(ayie)
trimas atas kata2 itu. ^^
brsedia atau x, hanya allah dan diri kita je yg taw.
btol x?
:)

AfiqAzmi said...

Takziah..dan alfatihah..
smoga rohnya aman.

otaku jaNn said...

amin~
:)