Monday, December 20, 2010

permata yang dicari





Ya Allah, jika dia benar untukku
Dekatkan lah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku dengan ketentuan-Mu


Amin :')




Wednesday, December 15, 2010

bekas.



14/12/2010 --> hari melayan formspring

antara soalan yang aku ajukan pada kawan2 formspring;
beribu juta manusia di dunia ini meneruskan kehidupan dengan mengambil 'bekas' orang lain. adakah anda suka benda second hand? (*soalan ni sensitif dan ada yang menjawab dengan emosi sedikit)


MAAF
soalan ni aku tak ada niat nak menyentuh mana2 personal life sesiapa pun. hanya nak tahu macamana kalian menjawab kalau diajukan soalan sebegitu. itu je. :) tapi...kalau ada orang ajukan soalan ni balik pada aku..aku akan jawab..



tentu tauke kereta second hand pakat bingau seumur hidup kalau semua orang berasa bersalah apabila melihat orang lain memiliki kereta yang pernah digunakan suatu ketika dahulu. hahah skema je ayat aku. ^^v (lebih selamat cakap pasal benda.hehee)



. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .



Thursday, November 25, 2010

cuti sem..! hip hip horeyyy


pernah dengar ayat ni..?

"Saya insan biasa, tetapi sukakan sesuatu yang luar biasa dalam keadaan yang biasa-biasa"

(^-^)v


sekarang dalam mood cuti sem~ wuuhuu~ banyak plan diatur.

i) amik lesen kerete dan moto. dpt L pun jadi la wat masa terdekat ni. serius aku takutttt nak amik lesen lebih2 lg lesen moto. dah la kaki aku pendek..tp tabah je ler.. hahahah tp kn sampai bile nak susahkn abi antar aku kemana saja. hmm at least aku leh ringankn beban abi.. aku bwk kete..abi leh la rehat kat sebelah. masa ni la nak balas budi. haha *dah start berangan. -__-"



ii)wat design tee. masuk competition. ala xmenang pun xpe..janji semangat ke-design-an tu ada. haha


iii) part-time job. jadi photographer "bidan terjun". :P utk org kahwin n event bdk2 tadika. dpt duit poket beb! dgn niat yg mestilah suci--> xnak bebankan abi.. adik aku b'deret.. sume skolah..kesian abi. ^^" rezeki xselalu ade..klu ade aku xmenolak. keje tgkp gmbr kene byr rm100 pun aku sanggup. serius weyh. tu nilai prnah aku dpt sblom ni. tp xpe..ade mase dpt bnyk gak.haha


iv) nak g tolong2 kat tempat keje abi. xksah la wat ape pun..angkut brg ker.. keje bahagian binding ker.. tlg2 abg designer wat buku ker. masuk degree ni..aku minoring in Printing and majoring in Graphic Design..so alang2 tolong2ni..bleh la memperkasakan skill aku yg ala kadar. matlamat aku..supaya aku lebih bersedia sem 4 akan datang. kat uitm ramai gler yg hebat okay. terasa sgt diri serba serbi kekurangan. kalau boleh nak la sebaris dengan diorang. cewahhh :D


v) "kalau sempat" nak masuk kelas bahasa isyarat balik. dulu dah dapat sijil untuk kursus peringkat pertama. Teringin sangat nak sambung kursus bahasa isyarat seterusnya. xnak belajar separuh jalan. tujuan aku amik ni--> selain menjadi graphic designer, atau tokey company printing. aku bercita-cita nak jadi jurubahasa isyarat. perghhh bapak bnyk aku nak jadi "bila dewasa nnt" kahkah kalau Ibnu Sina mempunyai banyak kelebihan..kenapa tidak kita? mungkin kita tak setanding dengan tokoh yang sedia ada.. tapi sekurang-kurangnya kita boleh jadi modal insan yg berguna untuk negara kita sendiri seperti yang disarankan oleh Perdana Menteri kita. betul x? hehee (klu nak kata aku poyo..kata la. ade aku kisah?) :P


*sila atur aktiviti anda sebaiknya supaya xmembebankan anda dan keluarga anda. :P

cuti aku pack ngan aktiviti yg konon2 banyak. (kadang2 tido je memanjang) hahah. xsempat nk dating. kahkah. mungkin awk xde dlm list aktiviti harian sy tp awk ada dlm list doa sy setiap kali lepas smbhyg. hehe :) xpe kn? :P zzz imu.


Friday, October 8, 2010

1.2.3 cut . . !

akhirnya....

ku berjaya m'gunting rambut ku

setelah sekian lama....

:(

pendek.

tapi xpe.

chumel gak jann.
*pujuk diri sendiri.. huu

*gambar ni hanya hiasan semata. :p

terima kasih pada noramira & nuramanina kerna
"kerjakan" rambut ku. haha.

bila nak tidur..rasa tak selesa. rambut dah ilang. *gila
terasa 'separuh jiwa ku pergi' haha
rambut je kott.

tapi tak pe. rambut pendek pun seksi okayyy. gagaga
yg penting . . kebaikan rambut pendek..terasa ringan u~ lebih-lebih lagi
nak dekat exam ni. huhu ;p


PADA MEREKA YANG SEDANG dan BAKAL MENEMPUHI EXAM! GOOD LUCK!
banyak-banyak baca BUKU dan banyak-banyak baca DOA gak k. hehee
v(^^,)


Sunday, October 3, 2010

jauh di sudut hati.



Aku yakin jika genggaman kita benar-benar kuat, tidak ada apa yang perlu dibimbangkan. Ini kerana biar dengan siapa pun kita berhadapan, benda yang di tangan tetap tidak akan tercicir. PASTI!




Wednesday, June 2, 2010

jalan2 di IKEA.

yeayyy..Kak Long Balik Ampang. Boleh pauu dia. haha :p sabtu lps pegi jalan-jalan kat IKEA Damansara. pnt oo. nasib baik ada abg ipar tlg angkat brg. hoho


ni lah kak long long long sy. hahah :D berseri-seri muka org lps kahwin.

bestnye..klu dapat dapur cmni.. huu

warna hijau..tenang bile melihatnya. :)

aku ada beli 1 bingkai gambar camni.

"abg rasa yang tuu okay gak"

aku harap aku dapat katil ni ! haha

ape la laki bini ni borakkan

utk anak kite nnt.. :P

sukanyaaaa warna merah putihhhh. ^o^

uishh..rambang mata okayy.

comel je lampu2 di atas

meja study. mesti aku brtambah rajin kalau ade meja camni. hehee :P

chumel patung ni. hiasan utk blk baby.

bajet 2010..! gila la

ramai oo orang datang membeli

ramai family yg datang IKEA dan balik dgn senyuman. family ada bile lg? hehe *promote

senaraikan barang anda hendak beli. ikut keperluan bukan kehendak. ngee

pilih jangan xpilih

aku tgkp gmbr katil ni bnyk kali oo. smata2 nak tunjuk kat abi bile balik umah nanti. ade lg 1 katil kayu jadi pilihan gak.hehee ^^v aku memang suke tidur katil atas. masa diploma nak dekat 2 thn setengah KATIL ATAS adalah dunia aku. huu mkn, tido, buat assignment, main msj n bla2..sume di atas katil atas. privasi tu penting okay. hakhak tak kisah la even pernah jatuh dari atas ke bwh. woo..sgt sodapp. betapa banyak kali aku disakiti..aku tetap saaayang kau katil. ngeh ngeh tidak ku lupa ampun dan maaf pada zurrayka dan lisa (roomates) sbb kadang2 TERtendang penghadang katil tuu..terpelanting kene korangg. maaf iye. +.+


lepas pusing2 tengok barang. akhirnya aku memilih 3 bingkai gambar, beg cd dan bakul baju. separuh aku bayar dan separuh lg kak long bayarkan.hahaha happy! :P kak long n suami hanya membeli beberapa jenis barang utk hiasan rumah diorang dekat kuantan. huhu

bila sambung degree. KATIL ATAS TETAP MENJADI PILIHAN AKU.
zzz


Friday, May 28, 2010

4 dalam 1


bulan Mei yang agak sedih, sayu, sebak, teresak-esak dan sewaktu dgnnya.
sebab pe?

i) dah abis blajar. "malam sejuta kasih selaut kenangan" adalah kemuncak. pejam cilik pejam cilik dah tiga tahun aku belajar diploma! pergh..sangat letih. hahah :P ni sebahagian gmbr yang dapat ku snap! snap! kenangan terakhir sebelum setiap orang buat haluan masing-masing. hmm :)


i love Art n Design! ngeh2

nampak bluee je sume. cantik dowh. jadi minat lak kat warna biru..dan2 je kn..haha

persembahan dari pelajar AD sem 6 dan sir anwar

barisan photographer. erk? haha

shahrul....moga dapat dekan lagi sem ni! :)

nena n chubby.. ^^

myra n arul. sy sayang "couple" ni. :)

zaida n ayu..bahagia sgt dpt kawan balik. :)

agak sedih plok sue waktu ni. maklum la die ni duduk kat perak. susah nak jmpe. jaga diri baik2 iye sue.

dua2 tgh control dari m'geluarkan air mata yg gedik2 nak kuar. haha

hafiz ridzuan. dia org kuat KTT. respect sama luu.

percubaan untuk m'jadi cantik (kononnya la) ngee

prince and princess. euwww~haha

bagai pinang dibelah dua mereka ni. chumel sgtt.

Gateway Ballroom.. atiq macam model. wuhuu~


m'rindui wajah2 ini.

mereka adalah ASADOM!!! (as, ad, om) hehee


* lepas majlis ni. baru aku perasan aku banyak tangkap gambar bdk2 group A je..bdk klas aku. sampai kat umah sewa baru ade bdk2 group B ckp "jann..ko xdtg kat tempat ktaowg punn" sorry korang..aku lupa. asal tak panggil aku?? hmm :(

* ya allah. rinduuuu nyeee kat korang.

...........................................................................................................................................................................

ii) tangan kiri terkene air panas. sangat sodapp!

satu malam yang berapa tak indah, ku ingin wat air...dan tibe2 shuhh... m'jirus air yg pnas ke tangan bukan ke cawan. ingatkan boleh cool. call abi bgtaw tngan kene air panas. tgh2 cakap tibe2 air mata meleleh. sbb sakit sgtt...tangan berdenyut2. melecur kott. terasa macam budak kecik masa tu. dah lama xmenangis smbil sebut sakitt..sakitt.. hahaha :( malam tu jugak abi antar g klinik. doktor sapu ubat dan kene beli ubat. dan sekarang tangan ku bengkak mengelembung. dalam proses nak baik. alaa..cmne nak sarung cincin nnt bile akad nikah? xcantik dah. ade slack cket. kahkah (okay jann jgn merepek jgn berangan. nnt beli ubat kasi ilang parut!) kesimpulannya bertambah lagi parut di tubuhku. haishh..

..........................................................................................................................................................................

iii) abi pergi umrah.

agak sayu bile melihat abi di KLIA hari tu. sepanjang abi di sana, dengan sape aku nak mengedik? dengan sape aku nak bercakap tanpa henti? abi je sanggup dengar. sape akan ada di sisi aku bila aku memerlukannya? aku xmenangis melihat abi pergi umrah.. sebab aku tahu abi pergi sana untuk mencari keredhaan dari-Nya. tapi aku sebak! bukan pe aku rapat sangat ngan ayah aku. tu je. huu.. sebelum abi pergi, abi tanya "jilah nak pe?" aku jawab "kalau boleh nak Al-Quran kecil" hehee. harap abi selamat pergi dan selamat pulang! TU YANG PALING PETING!. ^^v



ustaz ni memberi informasi kepada jemaah dan membaca doa smoga mereka yang pergi umrah ini mendapat kerahmatan dari-Nya. aku turut m'aminkannya.

selamat jalan abi.

aku geramm tgk bdk brmata bulatt ni. eee..haha anak sape ntah. ^^"


...........................................................................................................................................................................

iv) embah yud (moyang) saya meninggal.


hari khamis malam jumaat. embah yud kembali kerahmatullah. pada pkul 10mlm ummi ketuk pintu bilik ku dengan mata yang bengkak..menangis. aku terpana bila ummi maklumkan
arwah meninggal pukul 9 tadi. ummi ajak pergi umah lek amat (pakcik ummi) kat kajang. lek amat dah lama jaga embah yud. xsampai 10 minit ummi, aku dan adik bongsu bergerak keluar umah. dan mengambil sepupu ummi terlebih dahulu. lebih kurang pukul 11 kitaorang sampai sana. tiba di rumah sana, ternampak beberapa orang baca yassin. jenazah akan tiba jap lagi kata sepupu ummi. aku hanya m'baca surah Qul. aku cuti aritu..xboleh baca yassin. hmm pada pukul 11.45malam van jenazah sampai. aku hanya memandang dari jauh..melihat embah yud dibawa keluar van. ummi dah maklum kan kat kak long yang berada kat pahang pasal hal ni. pastu ummi suruh amik adik perempuan (18thn) yg belajar kat pahang gak. malam tu jugak mereka balik. tersedu-sedu suara kak long dalam fon. dia terkilan sebab xdapat jumpe embah yud sejak kahwin. embah yud dah beberapa kali sebut nama kak long. :'( sayu gler aku waktu tu.

hari jumaat. pagi2 lagi ummi dah keluar pergi putrajaya amik adik lelaki aku (12thn) yang belajar kat sana. adik lelaki (15thn) yang belajar kat mahad tahfiz die balik sendri naik bas. adik perempuan (13thn) yang sorang lagi kat bukit beruntung..jauh sangat xleh amik. bersepah-sepah adik aku ni. huhu ^^" awal pagi lagi kak long dah pastikan adik-adik dia siap nak pergi umah lek amat. nak tengok arwah embah yud kali terakhir sebelum dikebumikan. sampai je kajang. kami sekeluarga duduk di ruang tamu sambil mengikuti kaum kerabat yang lain membaca yassin. lepas tu ramai-ramai sembahyang jenazah. dan sebelum dihantar ke tanah perkuburan ahli keluarga dibenarkan kucup muka arwah untuk kali terakhir. sebelum kucup digalakkan berselawat. ni kali kedua dalam hidup aku cium dahi jenazah. yang pertama tok wan aku. dan kedua embah yud.



nenek ku denngan moyangku.

jenazah diangkat untuk dimasukkan dalam van jenazah sebelum ke tanah perkuburan


sebelum pulang aku dapat sweater putih kepunyaan embah yud. :'(
aku harap suatu hari nnt aku menjadi tua..aku ingin menjadi seperti embah yud. walaupun usia dah 90 lebih die masih kuat m'nunaikan kewajipannya sebagai seorang ISLAM hingga ke akhir hayatnya. masih mempunyai gigi yang teratur cantik, lemah lembut dan yang paling penting sepanjang aku hidup 20 tahun lebih aku tak pernah tengak dia marah. serius. hmm banyak kenangan ngan embah yud masa aku bersekolah kat kampung dari tadika hingga darjah 4. hmmm embah yud...jilah rinduu embah yud. :'(

"
Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah
."

SEKIAN.