Friday, May 28, 2010

4 dalam 1


bulan Mei yang agak sedih, sayu, sebak, teresak-esak dan sewaktu dgnnya.
sebab pe?

i) dah abis blajar. "malam sejuta kasih selaut kenangan" adalah kemuncak. pejam cilik pejam cilik dah tiga tahun aku belajar diploma! pergh..sangat letih. hahah :P ni sebahagian gmbr yang dapat ku snap! snap! kenangan terakhir sebelum setiap orang buat haluan masing-masing. hmm :)


i love Art n Design! ngeh2

nampak bluee je sume. cantik dowh. jadi minat lak kat warna biru..dan2 je kn..haha

persembahan dari pelajar AD sem 6 dan sir anwar

barisan photographer. erk? haha

shahrul....moga dapat dekan lagi sem ni! :)

nena n chubby.. ^^

myra n arul. sy sayang "couple" ni. :)

zaida n ayu..bahagia sgt dpt kawan balik. :)

agak sedih plok sue waktu ni. maklum la die ni duduk kat perak. susah nak jmpe. jaga diri baik2 iye sue.

dua2 tgh control dari m'geluarkan air mata yg gedik2 nak kuar. haha

hafiz ridzuan. dia org kuat KTT. respect sama luu.

percubaan untuk m'jadi cantik (kononnya la) ngee

prince and princess. euwww~haha

bagai pinang dibelah dua mereka ni. chumel sgtt.

Gateway Ballroom.. atiq macam model. wuhuu~


m'rindui wajah2 ini.

mereka adalah ASADOM!!! (as, ad, om) hehee


* lepas majlis ni. baru aku perasan aku banyak tangkap gambar bdk2 group A je..bdk klas aku. sampai kat umah sewa baru ade bdk2 group B ckp "jann..ko xdtg kat tempat ktaowg punn" sorry korang..aku lupa. asal tak panggil aku?? hmm :(

* ya allah. rinduuuu nyeee kat korang.

...........................................................................................................................................................................

ii) tangan kiri terkene air panas. sangat sodapp!

satu malam yang berapa tak indah, ku ingin wat air...dan tibe2 shuhh... m'jirus air yg pnas ke tangan bukan ke cawan. ingatkan boleh cool. call abi bgtaw tngan kene air panas. tgh2 cakap tibe2 air mata meleleh. sbb sakit sgtt...tangan berdenyut2. melecur kott. terasa macam budak kecik masa tu. dah lama xmenangis smbil sebut sakitt..sakitt.. hahaha :( malam tu jugak abi antar g klinik. doktor sapu ubat dan kene beli ubat. dan sekarang tangan ku bengkak mengelembung. dalam proses nak baik. alaa..cmne nak sarung cincin nnt bile akad nikah? xcantik dah. ade slack cket. kahkah (okay jann jgn merepek jgn berangan. nnt beli ubat kasi ilang parut!) kesimpulannya bertambah lagi parut di tubuhku. haishh..

..........................................................................................................................................................................

iii) abi pergi umrah.

agak sayu bile melihat abi di KLIA hari tu. sepanjang abi di sana, dengan sape aku nak mengedik? dengan sape aku nak bercakap tanpa henti? abi je sanggup dengar. sape akan ada di sisi aku bila aku memerlukannya? aku xmenangis melihat abi pergi umrah.. sebab aku tahu abi pergi sana untuk mencari keredhaan dari-Nya. tapi aku sebak! bukan pe aku rapat sangat ngan ayah aku. tu je. huu.. sebelum abi pergi, abi tanya "jilah nak pe?" aku jawab "kalau boleh nak Al-Quran kecil" hehee. harap abi selamat pergi dan selamat pulang! TU YANG PALING PETING!. ^^v



ustaz ni memberi informasi kepada jemaah dan membaca doa smoga mereka yang pergi umrah ini mendapat kerahmatan dari-Nya. aku turut m'aminkannya.

selamat jalan abi.

aku geramm tgk bdk brmata bulatt ni. eee..haha anak sape ntah. ^^"


...........................................................................................................................................................................

iv) embah yud (moyang) saya meninggal.


hari khamis malam jumaat. embah yud kembali kerahmatullah. pada pkul 10mlm ummi ketuk pintu bilik ku dengan mata yang bengkak..menangis. aku terpana bila ummi maklumkan
arwah meninggal pukul 9 tadi. ummi ajak pergi umah lek amat (pakcik ummi) kat kajang. lek amat dah lama jaga embah yud. xsampai 10 minit ummi, aku dan adik bongsu bergerak keluar umah. dan mengambil sepupu ummi terlebih dahulu. lebih kurang pukul 11 kitaorang sampai sana. tiba di rumah sana, ternampak beberapa orang baca yassin. jenazah akan tiba jap lagi kata sepupu ummi. aku hanya m'baca surah Qul. aku cuti aritu..xboleh baca yassin. hmm pada pukul 11.45malam van jenazah sampai. aku hanya memandang dari jauh..melihat embah yud dibawa keluar van. ummi dah maklum kan kat kak long yang berada kat pahang pasal hal ni. pastu ummi suruh amik adik perempuan (18thn) yg belajar kat pahang gak. malam tu jugak mereka balik. tersedu-sedu suara kak long dalam fon. dia terkilan sebab xdapat jumpe embah yud sejak kahwin. embah yud dah beberapa kali sebut nama kak long. :'( sayu gler aku waktu tu.

hari jumaat. pagi2 lagi ummi dah keluar pergi putrajaya amik adik lelaki aku (12thn) yang belajar kat sana. adik lelaki (15thn) yang belajar kat mahad tahfiz die balik sendri naik bas. adik perempuan (13thn) yang sorang lagi kat bukit beruntung..jauh sangat xleh amik. bersepah-sepah adik aku ni. huhu ^^" awal pagi lagi kak long dah pastikan adik-adik dia siap nak pergi umah lek amat. nak tengok arwah embah yud kali terakhir sebelum dikebumikan. sampai je kajang. kami sekeluarga duduk di ruang tamu sambil mengikuti kaum kerabat yang lain membaca yassin. lepas tu ramai-ramai sembahyang jenazah. dan sebelum dihantar ke tanah perkuburan ahli keluarga dibenarkan kucup muka arwah untuk kali terakhir. sebelum kucup digalakkan berselawat. ni kali kedua dalam hidup aku cium dahi jenazah. yang pertama tok wan aku. dan kedua embah yud.



nenek ku denngan moyangku.

jenazah diangkat untuk dimasukkan dalam van jenazah sebelum ke tanah perkuburan


sebelum pulang aku dapat sweater putih kepunyaan embah yud. :'(
aku harap suatu hari nnt aku menjadi tua..aku ingin menjadi seperti embah yud. walaupun usia dah 90 lebih die masih kuat m'nunaikan kewajipannya sebagai seorang ISLAM hingga ke akhir hayatnya. masih mempunyai gigi yang teratur cantik, lemah lembut dan yang paling penting sepanjang aku hidup 20 tahun lebih aku tak pernah tengak dia marah. serius. hmm banyak kenangan ngan embah yud masa aku bersekolah kat kampung dari tadika hingga darjah 4. hmmm embah yud...jilah rinduu embah yud. :'(

"
Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah
."

SEKIAN.



1 comment:

Nadhirah Zamrose said...

sedih,gembira,terharu...mcm2 an jann :)
3 tahun yg byk mengajar kita kan.