Thursday, May 13, 2010

kembali



nak dekat 5 bulan aku TAK berblogging. cukup 1 sem kan? hahaha.
bila di pikirkan balik? asal aku berblogging?

i) Nadhirah Zamrose yang perkenal dunia blog ni pada aku. dia pernah kata nak tgk cara aku bercakap ala-ala karam singh walia di blog. haha walauapa pun, dari situ aku mula berjinak-jinak membaca blog orang lain dan menulis entry sendiri. thanks nadh!!! :)

ii) dan aku tahu blog ni boleh jadi medan untuk aku bersuara mengikut acuan aku sendiri TITIK

...............................................................................................................................................................................

Selesai saja Diploma Show ari tu, aku kembali aktif membaca novel. Kali terakhir aku baca novel ialah 2 tahun lalu...novel bertajuk Ayat-Ayat Cinta oleh Habiburrahman El-Shirazy. Dan sekarang aku baru sahaja selesai membaca dua buah novel yang bertajuk Kala Cinta dan Wahyu Bersatu oleh A. Ubaidillah Alias dan Nyanyi Sunyi oleh Maskiah Masrom. Subhanallah, tersangat la best! haha over. Bagi peminat sastera melayu, tersangat la sesuai membeli novel bertajuk Nyanyi Sunyi.banyak yang boleh dipelajari dari situ dan mempunyai ilmu yang berguna. aku baca satu persatu ayat dalam novel ini. tak nak skip walau sepatah pun.huhu gaya bahasanya sangat menarik. :) Novel Kala Cinta & Wahyu Bersatu, banyak memberi pengajaran dan kesedaran. berunsurkan keagama. menangis aku membacanya. okay lepas ni banyak la buku keluaran PTS akan ku beli! :p


*Sekarang aku begitu memilih dalam membeli sesebuah buku. Mahukan kualiti bukan kuantiti. Setakat ade buku penuh 1 rak tapi tak baca nak buat ape kan? sayang seribu kali sayang. lebih baik baca sebuah buku tapi berulang-ulang kali dan amalkan ilmu itu. Bukan simpan semata jadi pekasam. ^^v





3 comments:

ayie said...

welcome back

Nadhirah Zamrose said...

wah namaku...thnx jann :)

otaku jaNn said...

ayie : hehe kembali~ ^^v

nadh. yup..namamu. welcome-come. ;)