Thursday, June 30, 2011


Sejak praktikal, skill aku dalam adobe bertambah baik. ^o^v 3 Syukran ya Allah.

Esok adalah hari terakhir aku praktikal dan aku dah menguasai 3 adobe (adobe photoshop, adobe illustrator dan adobe inDesign). Genap 2 bulan. Ni atas tunjuk ajar senior2 graphic designer di sini. Semua sporting dan tak kedekut ilmu. Naik sem nanti mesti semua kawan2 sekelas dah makin pro. haha iyela ada yang pergi praktikal kat company yang besar seperti production, advertising, anime dan banyak lah. Untung semua.

lagi untung bila dapat elaun yang banyak. aku pun dapat! walaupun sedikit aku bersyukur sangat sebab ada daripada tak ada. dah macam kanak-kanak dapat duit raya muka aku masa first time terima duit elaun pertama. heee

style + comel kan adobe kat bawah ni. terjumpa. :P







Berita baik : 1. aku tambah lagi praktikal aku lagi 2 bulan. memandangkan aku tak tahu nak buat apa cuti lagi 2 bulan tu. -___- "bestnya"
2. hidup aku teratur sekarang ni. tidur cukup. balik rumah tak serabut. makan ikut masanya. dan paling best tiap2 hari aku sarapan! sebelum ni kadang2. :)

Berita tak berapa baik : aku belum habis ganti puasa. haish. cepat jann cepat. -__-v


Tuesday, May 10, 2011

sila pandang dunia ini luas-luas. ♥


Mungkin sekarang musim pelajar spm/ stpm/ stam / matrik / asasi dan diploma hendak menyambung pelajaran. tetapi tak semua bernasib baik mendapat universiti yang mereka hendak. jangan pandang sebelah mata pada mereka yang tidak pernah atau tidak mampu melangkah hingga ke Universiti. jangan pula ralat dan terlalu kecewa.

kita perlu sedar bahawa jaya dan gagalnya hidup tidak terletak pada segulung ijazah. di luar sana berapa ramai manusia yang telah berjaya dalam hidup walau tidak pernah menjejakkan kaki ke sekolah apatah lagi Universiti. tetapi mereka semua pasti mempunyai ilmu. aku percaya bahawa ilmu ada di mana-mana jika manusia mahu mempelajarinya. dalam banyak perkara, ilmu kehidupan tidak dapat dipelajari di mana-mana Universiti pun. tahniah pada mereka yang dapat menjejaki ke universiti. anda bertuah. syukur. :)


"Aku minta setangkai bunga segar, Allah memberiku kaktus berduri. Aku minta binatang kecil mungil nan cantik, Allah beri ulat berbulu. Aku sedih, protes dan kecewa..betapa tidak adilnya ini. Namun kemudian kaktus itu berbunga sangat indah dan ulat itupun tumbuh dan berubah menjadi kupu2 yang amat cantik. Itulah jalan Allah, indah pada waktunya. Allah tidak memberi apa yang kita harapkan, tetapi Allah akan memberi apa yang kita perlukan." :)





Monday, May 9, 2011

ini jiwaku.



RINDU nak melukis.
sebab ia satu kepuasan. cuti sem lepas aku ada lukis cover komik "lawak pop gang" (gempakstarz) kat atas kanvas. cuti sem ni lak aku nak warnakn lak guna water color. aku sentiasa cari benda nak buat bila dah tak ade assignment and dateline yang nak kena kejar. >.< aku tak suka perkataan bosan keluar dari mulut aku. bunyi macam poyo tapi itulah aku. lalala

lukisan charcoal hitam. sumber dari majalah. tak sempat nak siapkan kerawang kat baju perempuan tu. -__-

lukisan charcoal putih. lukisan ni tertampal kat galeri kolej. tak tau ada lagi ker tak. masa melukis ni aku terbayang macam mana rupa anak aku kalau aku dah kahwin. hahaha. :P


ni lukisan impresionisme. terlekat dalam bilik drawing. kalau ikot hati nak je aku cabut simpan kat rumah. hee

lukisan realisme. tema - isu semasa. aku pilih peperangan kat luar negara. aku ambil sumber dari suratkhabar. kena lukis balik. masa nak siapkan aku gabra sebab esok pagi dah nak kena present tapi tak siap lagi. :P masa tunggu giliran nama aku kena panggil baru dapat namakan lukisan ni - MENCARI SINAR PALESTIN. malam sebelum tu sempat call abi tanya macam mana terjadi peperangan kat palestin..NGO..ISRAEL dan macam2 lagi. tak sempat nak research. HAHA. masa present aku bercakap apa yang abi katakan kat aku. lantak la betul ker tak. janji lepas. hahah teruk betul. :P disebalik perkara ni, tu aku dapat pengajaran dari abi. KADANG-KADANG BUKAN KITA TAK TAHU CUMA KITA TAK NAK AMBIL TAHU. sejak tu aku banyak menambah pembacaan aku.

walaupun ada lukisan yang dah hilang, lukisan-lukisan yang sedia ada masa diploma ni adalah semangat aku bila nak melukis untuk masa akan datang. banyak yang aku perlu perbaiki dan asah lagi. doakan. ia tetap akan jadi hobi sampai bila2. :)



Saturday, January 15, 2011

saya budak baru belajar



sekarang ni aku nak memperkasakan skill photoshop aku. (sebenarnya aku terpaksa belajar untuk . . . .HAHAH ) masa diploma aku banyak guna adobe illustrator berbanding adobe photoshop. hoho tak pe belum terlambat kannn... ;p





i've always wanted to be able to do a ctrl+z in real life. *untuk sesetengah perkara. hokhok
;)