Tuesday, May 10, 2011

sila pandang dunia ini luas-luas. ♥


Mungkin sekarang musim pelajar spm/ stpm/ stam / matrik / asasi dan diploma hendak menyambung pelajaran. tetapi tak semua bernasib baik mendapat universiti yang mereka hendak. jangan pandang sebelah mata pada mereka yang tidak pernah atau tidak mampu melangkah hingga ke Universiti. jangan pula ralat dan terlalu kecewa.

kita perlu sedar bahawa jaya dan gagalnya hidup tidak terletak pada segulung ijazah. di luar sana berapa ramai manusia yang telah berjaya dalam hidup walau tidak pernah menjejakkan kaki ke sekolah apatah lagi Universiti. tetapi mereka semua pasti mempunyai ilmu. aku percaya bahawa ilmu ada di mana-mana jika manusia mahu mempelajarinya. dalam banyak perkara, ilmu kehidupan tidak dapat dipelajari di mana-mana Universiti pun. tahniah pada mereka yang dapat menjejaki ke universiti. anda bertuah. syukur. :)


"Aku minta setangkai bunga segar, Allah memberiku kaktus berduri. Aku minta binatang kecil mungil nan cantik, Allah beri ulat berbulu. Aku sedih, protes dan kecewa..betapa tidak adilnya ini. Namun kemudian kaktus itu berbunga sangat indah dan ulat itupun tumbuh dan berubah menjadi kupu2 yang amat cantik. Itulah jalan Allah, indah pada waktunya. Allah tidak memberi apa yang kita harapkan, tetapi Allah akan memberi apa yang kita perlukan." :)





No comments: